Thursday 11 October 2012

~Mother, the ribbons of your love are woven around my heart~



Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. 

Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar." PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA. 

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan waktu senangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA. 

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA. 

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT. 

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA. 

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit" PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM. 

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH. 

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." . PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN 

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali. 

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir. 

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu.


Tuesday 9 October 2012

Dare To Be The Best You Can...



When a new day begins, dare to smile gratefully.
When there is darkness, dare to be the first to shine a light.
When there is injustice, dare to be the first to condemn it.
When something seems difficult, dare to do it anyway.
When life seems to beat you down, dare to fight back.
Where there seems to be no hope, dare to find some.
When you're feeling tired, dare to keep going.
When times are tough, dare to be tougher.
When love hurts you, dare to love again.
When someone is hurting, dare to help them heal.
When another is lost, dare to help them find the way.
When a friend falls, dare to be the first to extend a hand.
When you cross paths with another, dare to make them smile.
When you feel great, dare to help someone else feel great too.
When the day has ended, dare to feel as you've done your best.
Dare to be the best you can...
At all times, Dare to be...



Friday 28 September 2012

Know yourself..be yourself..trust yourself



Any change, any lose, dose not make us victim. Others can shake you, surprise you, disappoint you, but they can't prevent you from acting, from taking the situation you're presented with and moving on. No matter where you are in life, no matter what your situation, you can always do something. You always have a choice and the choice can be power.


Lihat di sekeliling dan teguhkanlah pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah putus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan,...simpan..jadikan tauladan,..segala yang kau pandang dan dengar,...simpan..dan jadikan pedoman. 




Saturday 22 September 2012

Ibu bapa cemerlang..Anak terbilang...



Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan
 hala tuju anak2. berikut ada beberapa tips yang boleh kita jadikan
panduan dalam menjadikan anak-anak kita antara yang outstanding 
berbanding rakan sebayanya..
selamat mencuba!



Mulakanlah hidup anak anda
dengan nama panggilan yang baik .


Bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, 
atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, 
itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri.
Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bagi
 nama yang baik untuk anak.



 Berikan anak anda pelukan 
setiap hari .

Ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari 
akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak 
yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari 
terutamanya seorang ibu, anak kita tau yang 
kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong 
dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita 
sentiasa ada jika dia kurang berjaya. 
Emosi dia akan terbela.



 Pandanglah anak anda dengan 
pandangan kasih sayang 

pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih 
yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. 
Memang la ada masa kita perlu marah tapi janganlah
 buat muka marah sampai kawan tu takut nak 
dekat dengan kita langsung. 
Kesian kat budak. Namanya pun budak



 Berikan peneguhan setiap kali 
anak anda berbuat kebaikan 

Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun 
sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang
 dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa 
nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. 
Ini la namanya motivasi.


 Janganlah mengharapkan anak 
anda yang belum matang itu 
melakukan sesuatu perbuatan baik
 secara berterusan 
Mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. 
Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap
 perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan 
belajar lebih banyak lagi dari 
kesilapan yang mereka lakukan.




 Apabila anda berhadapan dengan
 masalah kerja dan keluarga, pilihlah
keluarga 
Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang
 terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde
 masalah keluarga. Anak-anak perlu diberi keutamaan kerana 
mereka sedang membesar dan
 proses ini akan terus berlalu 
dan tak akan kembali jadi janganlah

 cemarkan keperibadian mereka 

dengan sikap mementingkan diri kita.






 Di dalam membesarkan dan 
mendidik anak-anak, janganlah
kita mengeluh 

Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka 
beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita
 tak mahu sunyi di hari tua, janganlah sunyikan mereka pada
usia muda mereka.




 Dengarlah cerita anak anda 

cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. 
Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda 
tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak 
bercakap. Kalau sesekali layan dia cakap rasa macam kelakar. 
Saya pernah jumpa dengan anak kawan saya umur baru 
tiga tahun tapi mulut boleh tahan, rasa macam tak logik je tapi seronok.
 Ala, macam Aznil tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana, 
pastu budak tu jawab, Zoo, untuk kita sendiri, ini adalah satu
 hiburan yang takleh dibeli di tempat lain.

Thursday 20 September 2012

Whatever you are..be a good one

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda :
 Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit
(hadis riwayat Bukhari dan Muslim)











Friday 14 September 2012

Kursus KSSR Pend Islam Tahun 3 di SMK Talib Karim, Alor Gajah Melaka

Gambar-gambar sekitar Kursus KSSR Pend. Islam Tahun 3. Moga sesi perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat kepada semua....





















Tuesday 11 September 2012

Selamat berjuang!!!!

 Wahai semua anak didikku.. Selamat menduduki peperiksaan UPSR.. Semoga mendapat kejayaan yang cemerlang...