Sunday 22 July 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan ~



                   Sesungguhnya Islam itu agama yang cukup sempurna. Tiada kurangnya walau sedikitpun. Segala persoalan tentang ibadah, muamalat, kehidupan semuanya terjawab di dalam buku panduan pertama, kitab Al-quran yang mulia.



                  Jelaslah menunjukkan bahawa Allah mewajibkan umat islam berpuasa dengan menujukan ayat tersebut khusus kepada orang-orang yang beriman. Maka, siapa lagi kalau bukan kita sebagai umat islam, yang menyakini Allah sebagai Ilah dan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul-Nya. Dengan berpuasa, bererti kita telah menunaikan kewajipan kita sebagai umat Islam, yang mana salah satu dari rukun Islam itu sendiri adalah dengan menunaikan puasa di bulan Ramadan.

  

                    Kenapa umat Islam perlu berpuasa setiap kali tibanya Ramadan? Persoalan ini selalunya bermain di minda kita. Lebih-lebih lagi ketika umur masih di peringkat kanak-kanak. Banyak persoalan tentang puasa terkumpul di minda. Jika dilihat puasa bagi agama yang lain hanya dilakukan pada waktu malam, tetapi mengapa islam dilakukan pada waktu siang? Jika agama lain berpuasa hanya tidak boleh makan benda yang berdarah dan hanya memakan sayur sahaja, tetapi mengapa  islam tidak pula boleh makan kesemuanya? Hattakan minum air pun tidak boleh. Jikalau begitu di mana pula dikatakan islam itu agama yang mudah?.


                        Bulan Ramadan diibaratkan sebuah madrasah. Didalamnya penuh dengan tarbiyah dan ibadah. Saat itulah seluruh umat Islam berlumba-lumba mendapatkan kelebihan yang ada padanya. Bahkan ada juga yang mengibaratkan bulan Ramadan umpama sebuah karnival. Karnival ibadah!
                      Di antara keistimewaan dan kelebihan yang terdapat di dalam bulan Ramadan antaranya Allah SWT meningkatkan ganjaran pahala bagi mereka yang melakukan amal ibadat kepada-NYA. Padanya juga turunnya Al-quran serta terjadinya malam Lailatul Qadar dan dicatatkan sebagai malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu 10 terakhir di bulan Ramadan.


                     Bersederhana dalam semua perkara. Kesederhanaan menghadapi Ramadan adalah amat dituntut dalam Islam agar terhindar daripada sifat yang berlebih-lebihan dan pembaziran. Sebagai contoh, selalunya kita terlupa apabila tiba waktu berbuka puasa, juadah lauk pauk terlalu banyak jenis aneka yang tersedia, sedangkan tidak semua makanan dapat dihabiskan sehingga menyebabkan berlakunya pembaziran.
                   Perkara ini tidak boleh dinafikan sama sekali, apatah lagi untuk menidakkannya. Kerana secara umumnya jika masyarakat di Malaysia, selalunya apabila pergi ke bazar Ramadan sentiasa akan rambang mata melihat kepelbagaian jenis masakkan juadah berbuka. Sehingga diborongnya terlalu banyak melebihi keperluan. Bahkan paling menyedihkan, ada makanan yang menjadi sisa buangan pada keesokan harinya. Basi tanpa sempat dihabiskan pada malamnya lantaran terlalu banyak juadah yang telah menjadi santapan.

                     Sesungguhnya Allah SWT menyerupakan seseorang yang membazir itu dengan menjadi saudara syaitan. Pepatah melayu juga menyatakan, "melebihi ancak-ancak, mengurangi sia-sia" ertinya dalam melakukan sesuatu perkara hendaklah ia bersederhana supaya selamat. Ancak-ancak pula bererti tidak peduli baik buruknya. Justeru, kesederhanaan (wasatiah) itu penting dalam menghadapi Ramadan kali ini agar dapat mengawal nafsu dalam diri. 


Saturday 14 July 2012

Love makes a family~

                               
                                 behind every happy wife.....



                                there's a smart husband.....



                               and...... a lovely children..





Thursday 12 July 2012

travelog........terkesan di hati....


              Perkara pertama yang membuatkan aku tertarik untuk membeli buku ini adalah kerana covernya yang amat cantik. Bunga Ros ni benar-benar nampak hidup. Alasan kedua adalah kerana aku sukakan novel travelog dan harganya pun amat berpatutan dengan bilangan muka suratnya sebanyak 271 ms.


                     Buku ini berkaitan dengan kisah perjalanan hidup penulis yang dilahirkan sekitar tahun 70an. Samalah dengan aku, ini menjadikan ianya  sesuatu yang sangat menarik. 

                     Membacanya membuatkan aku tersenyum dan adakalanya bergenang air mata apabila merasai apa yg dirasai oleh penulis .

                   Antaranya penulis menceritakan bahawa dia berasa amat marah apabila mengetahui kutu mula mendiami kepalanya. Gatal yang mengganggu, namun disebalik kisah kutu tersebut, Allah menganugerahkan sesuatu yang lain buatnya. 

                        Sentuhan seorang ibu yg telah sekian lama dirindui, membelai kepalanya dengan alasan untuk mencari kutu. Nikmatnya tidak dapat dilafazkan. 

                        Sesungguhnya kesibukan ibunya membesarkan adik-adik yg ramai membuatkannya kurang menyentuh si anak yg semakin membesar.Apabila kutu telah habis dikepalanya..sehinggakan penulis membayangkan utk mencari benih kutu baru dan biarkan ianya terus hidup membiak dikepalanya....eeeeeeeeeee..

                                Tujuannya hanya satu..agar ibunya dapat membelai kepalanya selalu.... hatiku tersentuh bila sampai bab ini.

Aku suka buku ni. 




Ni sambungan dari novel yg di atas td...


"Esok, saya tidak pasti apa yang bakal saya lalui. Esok terlampau panjang. Sejam daripada saat ini tidak jelas dan nyata, apatah lagi bagi memikirkan hari esok". 
"Jika sampai masanya dipanggil pulang, entah sempatkah saya berlari pulang ke pangkuan mereka yang tersayang. Mampukah saya memohon keampunan dan mengucapkan selamat tinggal..."

Aku hanya mengambil masa 1 hari sahaja utk menghabiskannya
tak bosan membacanya...
hingga tak sabar utk ke bab seterusnya
sedar2 dah tamat..

kenapa aku menyukainya...?
penceritaan Puan Roza,
pengalaman hidupnya hampir menyamai liku2 hidup aku
hidup sbg gadis pinggitan
cuma aku tak senakal beliau
-bermalam di pondok durian bersama kawan2
di kebun durian tepi kubur...!!!

apa yg sama aku dan beliau..

-cinta pertama membawa kepada perkahwinan
-berkahwin diketika usia muda
-Aku berkahwin diusia 22 tahun,beliau pun 22 tahun...(sama kan?)
-pertama kali naik flight lepas kahwin
-anak kedua dan ketiga sgt dekat jaraknya...he he

aku merasakan seolah2 berada dalam cerita tersebut...






Secubit halwa penawar jiwa.......



Ni satu lagi buku yang aku dah abis baca...actually dah 3 round aku baca...bak kata penulis buku ni...ia benar-benar menyentuh, membelai dan menjernihkan jiwa...





                   Membaca buku ini seolah membaca buku cerita juga. Cerita-cerita pendeknya   membuatkan seolah-olah aku sendiri berada di dalam cerita tersebut.

aku paling tertarik sebuah kisah yang ada di dalam buku ini. Perihal seorang hamba Allah yang memiliki segala. Seorang yang kaya, genius, digilai ramai, pakar dalam ilmu sains dan agama. Malah dikurniakan isteri yang turut memiliki segala seperti beliau. Namun Allah telah menganugerahakn anak-anak yang cacat.

Response beliau apabila ditanya oleh orang lain ialah beliau sangat bersyukur. 

‘Tetapi Allah mengurniakan aku anak yang sedemikian, membuatkan aku beringat betapa Allah SWT itu lebih tinggi dan lebih berkuasa atas sesiapa sahaja. Setiap kali aku melihat anak-anakku, aku menyedari betapa aku hanya manusia, hamba kepada Allah SWT yang perkasa. Anak-anakku adalah peringatan kasih sayang Allah kepadaku. Aku rasa, Allah menghadirkan mereka dalam kehidupanku untuk menyelamatkan aku daripada takabbur dan memasukkan aku dalam syurga-Nya. Masakan aku tidak bersyukur?’

Jika hari ini kita rasa sombong dengan kurniaan, beringatlah. Sesungguhnya semuanya milik Allah. Kenapa pula kita menjadi orang yang sombong serta membangga-banggakan diri?

Jika hari ini kita diuji dengan kekurangan, bersyukurlah. Hakikatnya, orang yang sabar itu, dibalas oleh Allah dengan sesuatu yang tak mampu kita hitung. Dengan rahmat dan kasih-sayangnya, mudah-mudahan kita kembali kepada-Nya kelak dan dimasukkan kita ke dalam syurga yang kekal abadi.

           
      Tak rugi kita membacanya...bila dah abis baca rasa macam tak puas....sedar2 dah habis...itu yang membuatkan aku dah 3 round membacanya...

Monday 9 July 2012

Mencari makna hidup.....


Actually, buku ni dah lama aku beli..tapi x sempat baca dek seribu satu kekangan yang tak putus-putus datang menjenguk .



               Puas rasanya bila habis baca buku ni....aku termenung sejenak mengenangkan bagaimana penulis buku ni beria-ia cuba untuk berkongsi dengan pembacanya bagaimana kita nak meraikan makna hidup kita yang sebenarnya..

              Banyak peristiwa yang berlaku di sekeliling aku saban hari. Ada yang kecil dan ada yang besar. Namun, sejauh mana aku memanfaatkan peristiwa itu bagi mempelajari sesuatu mengenai kehidupan?

            Sejauh mana aku menggunakan pengalaman orang lain itu sebagai sempadan. Sejauh mana aku mempelajari hikmah di sebalik semua peristiwa di sekeliling yang ditunjukkan Tuhan.

         
           Mencari Makna Hidup adalah kompilasi kisah-kisah kehidupan. Ia memberikan ruang bagi aku mempelajari makna kehidupan daripada pengalaman orang lain. Walaupun pengalaman itu dilalui oleh sehina-hina manusia hingga sehebat-hebat maharaja, semuanya mampu memberikan pelajaran dan hikmah berharga bagi aku. Lebih penting lagi, bagaimana aku dapat memanfaatkan hikmah itu untuk diterjemahkan kepada pelan tindakan dalam mendepani masa hadapan.


          Insyaalah..aku akan cuba mengambil semua hikmah di sebalik kisah-kisah inspirasi yang penuh bermakna ini sebagai landasan bagi sebuah kehidupan yang lebih bermakna dan bahagia.

muhasabah...



Gambar ihsan - Zulhasmin 


Apa yang menyebabkan Abang Long terpikat dengan Kak Nur? Macam mimpi je, saya sangka Abang akan memilih yang lebih baik’ Suatu petang kami berbual, tiba-tiba terlintas dari mulut Azman bertanyakan saya soalan ini.

‘Kak Nur adalah yang terbaik yang pernah Abang temui. Percaya?’ Balas saya.

‘Gadis kampung yang cuma bekerja di kilang?’ Dia cuba menduga saya.

‘Ya!’ Jawab saya lagi.

‘Kan Abang boleh cari yang lebih baik daripada tu?  Yang berjawatan setaraf dengan Abang Long’

‘Kamu tahu Man, betapa susahnya nak mencari yang berbudi macam Kak Nur kamu tu? Walaupun tiada lulusan yang tinggi-tinggi, tapi budinya tinggi tau!’ Memahamkan seorang yang berasal dari bidang akademik sepertinya agak payah. Saya cuba memberikan dia kefahaman dengan jawapan yang dia sendiri cari.

‘Hanya kerana budi je Abang Long buat keputusan nak berkahwin dengan Kak Nur? Ajaib!’ Azman bertanya lagi, kali ini nampak seperti dia semakin memahaminya.

‘Man, kamu mahu isteri yang cantik dan berjawatan tinggi tetapi pemalas, bersikap buruk dengan suami dan tiada adab sopan?’ saya pula mahu menduganya. Dahinya berkerut memikirkan sesuatu.

‘Tak naklah bang’

‘Kalau begitu, carilah yang berbudi’ Lama dia berfikir. Lalu dia bersuara lagi, kali ini mengenakan saya pula.

‘Habis tu, bila nak makan nasi minyak bang?’

‘Ish, kamu ni Man. Ada-ada je! Lambat lagilah!!’

_________________________________

BUKAN PADA PAKAIAN SEMATA-MATA

Pada seri seorang wanita itu, yang dipandang adalah pada zahirnya terlebih dahulu. Begitulah selalunya pentafsiran dan pandangan seorang manusia. Jika baik luarannya, baik juga dalamannya. Ya, itu adalah prinsip yang tepat dalam penilaian manusia. Kita bukan Tuhan yang mampu menghukum mana-mana manusia sebagai baik atau buruk. Apa yang dipandang itulah yang ditafsirkan.

Pakaian.

 Ia adalah penilaian yang paling mudah untuk dinilai. Tetapi ia bukanlah tafsiran 100% untuk mengatakan seorang itu baik melalui pakaian semata-mata.

Dalam membincangkan soal akhlak, ia tidak tertumpu semata-mata kepada aspek pemakaian sahaja, jauh dari sudut itu adalah soal ‘nilai tambah’ yang membolehkan seseorang itu menjadi muslimat yang mempunyai ciri-ciri kemuslimatannya dan jua menjadikan dia lebih istimewa. Tudung sahaja belum memadai jika tingkah-lakunya masih persis ‘wanita murahan’. Menutup aurat juga tidak bererti jika tutur katanya tidak ‘ditutup’ dan dijagai rapi.

Menutup aurat dan berpakaian dengan baik mengikut garis panduan agama adalah soal hukum sahaja.

 Pakaian mungkin menjadi simbolik kepada akhlak luaran yang boleh dipamerkan. Namun, di sebalik itu ada pakaian yang lebih hakiki yang akan menggambarkan imej muslimah yang sebenar iaitu pakaian akhlak.

Kerana itulah, apabila Rasul saw menceritakan kepada para sahabatnya tentang perihal wanita yang solehah, baginda akan menggambarkan bagaimana akhlak yang harus dimiliki tanpa mengkhususkan bahawa pakaian itu sebagai tafsiran menyeluruh kepada makna sebenar akhlak. Pakaian hanya bersangkutan dalam soal hukum-hakam, yang telah menutup auratnya dengan sempurna sudah dikira terlepas daripada kewajipan hukum.

Tinggal lagi, bagaimana seseorang itu bisa menjadi cantik dengan hukum yang diamalkan seiring dengan akhlak baik yang dimilikinya.

Bukankah lebih indah, jika prinsip hukum itu digabung-jalinkan dengan kecantikkan akhlak?

Namun, mutakhir ini dunia kian terbalik. Pakaiannya lebih cantik mengalahkan akhlaknya yang kurang cantik. Pakaiannya mampu dibeli dengan harga yang sangat mahal, tetapi akhlaknya terlalu murah harganya.

Muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik.

Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dilihat melalui keikhlasannya ketika ia memberikan segala kebaikan itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat melalui bagaimana cara dia berbicara dan berhujah kebenaran.

Muslimah sejati bukan dilihat melalui kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya, dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang telah diberi.


BAHKAN LEBIH BURUK DARIPADA SEORANG LELAKI

‘Kamu tahu Man, kenapa Nabi kita dipanggil  Al-Amin oleh orang Arab Quraisy?’ Kami menyambung lagi  perbualan petang itu. Sambil menghirup secawan Nescafe saya bertanya kepadanya.

‘Sebab dia baik pekerti’

‘Lagi?’

‘Sebab dia Nabi kot? Dan sebab dia dipercayai’ Azman menjawab dalam seloroh. Antara tahu dan tidak tahu.

‘Kamu tahu tak Man, Nabi saw seorang ummi? Bermakna ketika itu Baginda seorang yang tidak sangat berilmu. Nabi tak boleh membaca apatah lagi mahu menulis syair’ Tambah saya.

‘Tahu’

‘Adakah kamu kira, orang yang berilmu itu akan dihormati jika tanpa akhlaknya yang baik?’

‘Tak, bang!’ Dia mulai faham akan maksud saya.

‘Nabi saw hanya perlu berakhlak untuk disanjung. Jadi, antara yang berpakaian cantik dan berakhlak baik, mana satu pilihan kamu?’

‘Tentulah yang baik Abang Long, kalau boleh nak dua-dua sekali’

Pecah suasana hening petang itu dengan hilai-tawa kami. Azman memang nakal orangnya tapi mudah diajak berbincang. Saya beruntung mempunyai adik saudara sepertinya.
______________________________________

                Apabila saya menulis pendapat sebegini, adakah orang laki-laki terlepas daripada tanggungjawab untuk berakhlak mulia? Oh, Tidak sama sekali, lelaki juga perlu berakhlak jika ingin ke syurga. Akan tetapi, kesan buruknya akan lebih terpamer kepada wanita berbanding lelaki jika mereka tidak berakhlak.

ALLAH taala telah menetapkan ada sebahagian perkara yang boleh dilakukan oleh wanita dan ada sebahagiannya ditugaskan kepada orang lelaki untuk melaksanakannya, kerana Dia lebih tahu akan baik buruknya sesuatu.

 Adat-adat yang disusun oleh tradisi Melayu kita pun banyak mementingkan dan menjaga nilai kesopanan seorang wanita. Antaranya, anak gadis dilarang menyanyi di dapaur ketika sedang memasak. Soalnya bukan kerana perbuatan tersebut dikira kurang beradab sahaja, tetapi soal suara itu adalah aurat jika didengari oleh kaum laki-laki. Bukankah jika seorang wanita yang terjerit-terlolong itu lebih buruk feelnya berbanding lelaki? Bahkan 2 kali ganda tahap kurang sopannya.

Pesan nenek saya: ‘Orang perempuan cara duduknya biarlah sopan. Duduk bersimpuh supaya nampak cantik dan juga beradab’

Saya ingat pesannya sampai sekarang. Eh, tidak bolehkah jika seorang wanita mahu duduk selain bersimpuh atau menjulur kaki ketika tetamu bertandang? Boleh sahaja, apa salahnya. Selebihnya anda bayangkanlah sendiri rupanya…

Awas! Jangan sesekali cemarkan imej pemakaian anda yang baik dengan tingkahlaku yang boleh menjatuhkan kredibiliti tersebut. Percayalah, orang akan memandang akhlaknya dahulu selepas pakaian sebelum menilai aspek-aspek yang lain. Biarlah kurang cantik, tetapi akhlaknya dijaga baik. Biarlah tidak manis, tetapi tutur-katanya ditapis.

Lelaki juga sama, kalau berkopiah atau berketayap biarlah perangainya seperti orang yang berketayap bukannya ‘berkayap’. Jangan hanya meminjam imej Islamik atau berlagak alim kerana ingin memikat seorang wanita semata-mata tetapi perlu menjadikan ia (imej) sebagai peribadi yang berpanjangan.

PENUTUP

 Pendek kata, yang berakhlak sempurna itu bukanlah dalam kalangan yang berjubah dan bertudung semata-mata, bukan juga yang berkopiah atau berserban sahaja, tetapi mereka yang mempunyai kesempurnaan akhlak adalah mereka yang mempunyai gabungan kedua-duanya, kerana ia melambang syiar sebuah agama. Gandingan antara hukum dan akhlak harus bersifat seiring untuk membuktikan akhlak itu bukan sahaja pada material (pakaian) semata-mata.

Kalau hendak menjadi seorang wanita adalah sangat mudah dan senang, tetapi jika mahu menyandang gelaran muslimah itu lebih sukar apatah lagi jika ingin menjadi yang solehah.

Ia seumpama satu masakan yang dihidangkan untuk tetamu, masakan akan menjadi enak dan sedap dimakan bukan saja pada hiasannya (pakaian) yang cantik, lebih penting daripada itu adalah ramuan (akhlak) yang digunakan dalam masakan. Gabungan antara dekorasi yang dihiasi dengan cantik dan ramuan akan menghasilkan masakan yang sempurna.

Jangan kata terliur, pastinya akan terbawa-bawa sampai ke dalam mimpi anda.

Itulah kuasa wanita solehah. 

Sunday 8 July 2012

resepi mudah dan senang..x payah bakar2....



first time cuba...demi anak-anak....


Oreo Chilled Cheesecake

Bahan-bahan:
Base:
200 gm biskut Oreo – dibuang krim dan dikisar
70 gm mentega dicairkan
Cheesecake:
250 gm cream cheese
250 gm non-dairy whipping cream
80 gm gula castor
60 ml air
15 gm gelatin halal
3 keping biskut oreo diramas kasar

Cara membuat:
Sediakan tin bulat 7″ jenis loose yang boleh dibuka bawahnya.
Base cheesecake: Tuangkan mentega ke dalam serbuk biskut Oreo dan digaul rata. Tekan pada dasar acuan sehingga padat. Sejukkan sebentar dalam peti ais selama 30 minit.
Cheesecake: Pukul krim putar sehingga kembang dan pekat. Simpan sebentar di dalam peti sejuk.
Dalam bekas lain, pukul cream cheese, krim biskut oreo dan gula castor sehingga kembang dan berkrim.
Panaskan gelatin dan air sehingga cair dan bergal sebati. Setelah sejuk, tuangkan gelatin ke dalam adunan keju dan pukul sebati.
Masukkan krim putar yang telah dipukul tadi dan pukul sebentar sahaja.
Biskut Oreo yang telah diramas kasar dimasukkan ke dalam adunan dan digaul rata.
Tuangkan ke atas base biskut oreo yang telah mengeras tadi.
Untuk hiasan, bolehlah letak beberapa keping biskut oreo ke dalam loyang tadi diselang selikan dengan adunan keju.
Simpan dalam peti sejuk sekurang2nya selama 5 jam sehingga keras.

Heheheheh. Pasni tak payah beli kat kedai lagi. Sedap rupanya chilled cheesecake. Tak perlu bakar2 yang melecehkan. Hehehe.
Selamat mencuba.



hah....ada satu lagi ni......cubalah.....senang dan sedaaaaap...


ReSePi : TiRaMiSu SiMpLe


Bahan untuk 1 biji kek
~ 1 biji kek sponge atau apa2 saje jenis kek
~ 200 ml whipping cream
~ 250 gm cheese cream
~ 1/2 cawan gula halus
~ 1 cawan air panas (untuk bancuh nescafe)
~ 1 sudu makan nescafe

*bancuh 1 sudu makan nescafe dengan 1 cawan air panas (ketepikan)
*putar gula, whipping cream n cheese cream hingga kembang
*potong kek kepada 2 bahagian (nak 3 bahagian pun boleh)
*tuang 1/3 air nescafe atas kek
*tuang 1/3 cream cheese di atas kek tadi 
*susun sebahagian kek lagi, dan ulangkan langkah yang sama sehingga habis. 
*masukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya selama 2 jam atau semalaman
*taburkan serbuk koko apabila hendak menghindang

mood : pasni tak payah beli buat je sendiri :) nak cuba kurangkan nescafe dari 1 sudu makan ke 1/2 sudu makan (pahit plak rasanya buh 1 sudu makan)