Sunday 24 August 2014

PERKONGSIAN PETA PEMIKIRAN ~ iTHINK..












PESANAN LUQMAN AL-HAKIM

ASSALAMUALAIKUM
Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
• Orang – orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.
• Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

• Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman.
• Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
• Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar-benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
• Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.
• Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.


• Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg tidak cerdik sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
• Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.
• Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
• janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.
• Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
• Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

• Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
• Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.
• Selalulah baik tuturkata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yg berharga.
• Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yangg mengharapkan sesuatu darimu.

• Jadikanlah dirimu dalam segala tingkah laku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yg akan mendatangkan cela pada dirimu.
• Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
• Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata
kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
• Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.
• Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
• Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

• Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Monday 18 August 2014

SESI PERKONGSIAN ILMU



Alhamdulillah..wa syukurillah..
selesai sudah amanah yang ditugaskan sebagai penyampai untuk sesi KBAT bagi Kursus Penyebaran KSSR Tahun 5 2015 
bagi daerah Melaka Tengah.

Kursus ini dihadiri oleh ketua panitia dan
 berlangsung selama 2 hari bertempat di Dewan Bestari JPM 
Ribuan terima kasih diucapkan kepada
 Sektor Pendidikan Islam JPM, rakan-rakan Jurulatih Utama dan semua peserta kursus.
Barakallah......

Semoga perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat buat semua.

Gambar-gambar sekitar kursus..










































Friday 8 August 2014



Info yang sangat berguna khas untuk semua guru dan ibubapa....


INFO TERKINI DLM SISTEM PENDIDIKAN KITA ; 

⏰ Tahun 2014 ada penambahbaikan dari PBS - Pentaksiran Berasaskan Sekolah - yg akan bertukar kpd KSSR Maklumat yang telah diterima seperti berikut :
⌚DSK ( Dokumen Standard Kurikulum ) disatukan dengan DSP ( Dokumen Standard Prestasi ). Maka terhasillah DSKP (Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran).
⌚Penggunaan BAND ditukarkan kepada TAHAP PENGUASAAN . Lebih detail dan mudah untuk guru merekod pencapaian murid.
⌚Tiada ujian SETARA di peringkat daerah ataupun negeri.
⌚Ujian pertengahan & akhir tahun boleh dilaksanakan di sekolah masing-masing sebagai ujian sumatif utk ukur pncapaian murid.
⌚Ujian-ujian lain di peringkat sekolah seperti ujian bulanan tidak perlu dijalankan. (terpulang pada pihak sekolah ).
6. Guru tidak perlu fikirkan tentang EVIDENS & DESKRIPTOR kerana DSP telah dimansuhkan. Jadi, Menurut pengasas PBS, Dr. Khodori, sepatutnya Deskriptor datang selepas evidens, bukan evidens datang selepas deskriptor.
⌚Paling mengujakan, guru tidak perlu lagi ONLINE untuk rekod PBS murid, hanya guna sistem OFFLINE dalam bentuk excell dan digunakan sbg rujukan guru shj untuk melaporkan perkembangan murid kepada ibu bapa .
⌚Tak perlu lagi fail showcase utk simpan evidens terbaik murid.


⏰ Subjek Baru KSSR akan diperkenalkan iaitu;
⌚Sejarah ganti Kajian Tempatan ⌚Rekabentuk Teknologi
⌚Teknologi Maklumat dan Komunikasi 

⏰ 2 Bab Tambahan bagi Subjek Matematik ;⌚ Penambahan Bagi Bab Koordinat (Salah Satu Bab Sekolah Menengah)
⌚Penambahan Bagi Bab Nisbah Dan Kadaran (Salah Satu bab Sekolah Menengah)

⏰ Murid Tahun 4 dan Tingkatan 2 (2014) juga merupakan perintis pertama kpd pengenalan Soalan 'Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)' spt yg telah diwar-warkan sebelum ni. Difahamkan pf tahun 2016, 40% soalan yg akan diuji adalah berkaitan KBAT.
⏰Format Baru Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ;

⌚Info ni sangat PENTING. Ianya akan menjadi tanda aras awal di mana anak kita akan berada 10 tahun akan datang.

⌚Tahukah anda Soalan UPSR dan SPM akan berbentuk Pemikiran Aras Tinggi menjelang tahun 2016?

⌚Ianya lebih dikenali sebagai 'Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)' atau 'Higher Order Thinking Skill (HOTs)'. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) harus diterapkan bermula sekarang. 👪 Bersediahkah anda?
Sahabat2ku, luangkan MASA 5 MINIT untuk anda memahami perubahan yg berlaku dlm dunia pendidikan kita sekarang.
⏰JENIS SOALAN DALAM MATEMATIK terbahagi kepada 2- Rutin & Bukan Rutin ; ⌚RUTIN

Aras Rendah
Tidak memerlukan murid menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi. 

CONTOH 1:

Maria membeli sekotak susu dengan harga RM1.55 dan sebungkus biskut dengan harga

RM1.70. Berapakah jumlah wang yang dibayar oleh Maria? ⌚BUKAN RUTIN

Aras Tinggi

Memerlukan tahap pemikiran pada aras tinggi.

Penyelesaian mungkin memerlukan lebih daripada 1 cara bagi membuat keputusan dan memilih operasi matematik.

CONTOH 2:

Maria membeli sekotak susu dengan harga RM1.55 dan sebungkus biskut dengan harga RM1.70. Dia memberikan RM4.00 kepada jurujual. Berapakah bilangan syiling yang diterima oleh Maria sekiranya jurujual itu memberikannya beberapa syiling 5 sen, 10 sen dan 20 sen? Terangkan jawapan anda.

⏰ Zaman akan datang sangat-sangat mencabar.
Jumlah "A" bukan lagi perkara yang penting dlm pencapaian akademik. Yang penting bagaimana anak anda mempunyai kemampuan menyelesaikan masalah.

⏰ GAYA soalan ditanya untuk pelajar Tahun 1,2,3,4,5,dan 6 akan berubah sama sekali.

⌚ Soalan LOTs (Lower Order Thinking Skills)

Zaman dulu soalannya mungkin seperti dibawah :

⌚Bundarkan 726 kepada ratus yang terdekat?

Anak anda mungkin boleh faham dgn pantas.
Bagaimana pula dengan soalan seperti dibawah ini?

⌚Soalan HOTs (Higher Order Thinking Skills) 

Apakah nombor yang boleh dibundarkan kepada 700?

Cuba anda fikir dan berikan jawapan dengan pantas. Banyak jawapan bukan? Timbul rasa ragu? Dan perlu berhenti untuk berfikir sekejap, bukan? Ini masih lagi dikira soalan tahap rendah.

👪 Sbg ibubapa,apa tindakan kita untuk membantu anak2?
5 Ciri "Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi" (KBAT) (Higher Order Thinking Skill-HOTs) :
⌚Yang mempunyai anak pada tahun 2014 WAJIB tahu bhw :
Darjah 4 pada Tahun 2014 ?
Darjah 5 pada Tahun 2014 ?
Darjah 6 pada Tahun 2014 ?
Tingkatan 1 pada Tahun 2014 ?
Tingkatan 2 pada Tahun 2014 ?
Tingkatan 3 pada Tahun 2014 ?
Tingkatan 4 pada Tahun 2014 ?
Tingkatan 5 pada Tahun 2014 ?

⏰ Spt mana yg diwar-warkan tempoh hari soalan berbentuk KBAT akan mula diajar pada sesi TAHUN 2014 ini.

⌚PERSOALANNYA SEJAUH MANAKAH semua ibu bapa dudah TAHU tentang PENAMBAHAN ini?
⌚Berikut disenaraikan 5 CIRI 'KBAT' @' HOTs'

📕SKOP YANG LUAS :
❒ Pengetahuan Asas sebagai keperluan
📗 FAKTA : 
❒Tidak Spesifik & merentasi matapelajaran

📘BERMAKNA :
❒Boleh ditafsir dan Mencabar

📙STIMULUS :
❒ Situasi baru
❒ Bukan lazim bagi murid
❒ Memberi maklumat secukupnya kepada pelajar

📔RESPON MURID
❒ Kepelbagaian
❒ Boleh melibatkan lebih daripada 1 jawapan. 
⏰MASIH TAK BEBERAPA FAHAM?
Lihat contoh-contoh yg disediakan 
⌚CONTOH 1 : (Soalan Biasa ~ LOTs)
Berapakan nilai bagi 695 jika dibundarkan kepada ratus yang terhampir? 
Komen ;
📈 Jawapan Bagi soalan ini adalah 700 
📈Ada 1 jawapan sahaja
📈Soalan juga secara terus tanpa perlu banyak berfikir
⌚CONTOH 2 : (Soalan ARAS TINGGI ~ HOTs)
Apakah nombor yang apabila dibundarkan kepada ratus yang hampir adalah 700 ?
Komen ;
📈Jawapan mungkin adalah : 699,672, 681 , 633 dan banyak lagi
📈Yang penting pelajar tahu konsep asas "ratus terhampir"
📈 Jawapan boleh jadi lebih daripada 1
📈Membantu pelajar lebih berfikir dlm situasi sebenar - setiap masalah dlm kehidupan sebenarnya ada byk cara penyelesaian.
Moga anak2 generasi pewaris kita kelak menjadi insan di dunia & akhirat.
Diharap info yg disebarkan ini amat berguna kepada ibubapa....supaya memahami arus pembelajaran anak-anak generasi kita akan datang.
PELANCARAN BULAN IHYA' RAMADHAN SK MERLIMAU 1