Monday 21 April 2014

PUASA ~ TAHUN 6 ~

Bahan P&P Pendidikan Islam (Ibadat)
untuk tahun 6




Pengertian Puasa





 Dalil berpuasa di bulan Ramadhan



Hukum berpuasa di bulan Ramadhan





Syarat Wajib Puasa




Rukun Puasa





Lafaz Niat Puasa




Syarat Sah Puasa

Sunday 20 April 2014

From small beginnings....Come great things.....


1) Jangan pukul anak dari lutut keatas



2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan 
tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. 
nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.



3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya .
 Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke
 bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”



4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. 
Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan
 merasa rendah diri. 
(Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).


5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang
 dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat 
daripada anak yang jarang dipeluk)


6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
 (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri 
apabila berhadapan dengan persekitaran)



7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan 
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya 
senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).


8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu
 melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, 
mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang.
 Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap
 perkara termasuklah berbuat silap.




9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,
pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. 
Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).



10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, 
janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan
 anak-anak merasakan diri mereka beban.


11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi 
pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap 
(Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)


12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.


13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. 
Mereka akan menirunya.


14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. 
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
 Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. 
(Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar
 menghargai orang lain).



15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan
 pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita 
mengajar mereka lebih daripada sekali.


16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, 
peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka.
 Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam 
kehidupan anda suami isteri.


17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka
 adalah begitu real dalam dunia mereka.



18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. 
Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang
 kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang 
kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka
 sebelum berbuat demikian.


19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa 
ciuman selamat malam,



20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa 
yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah.
 Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih 
penting daripada keluarga.



22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka 
tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. 
Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari 
sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah 
mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula
 sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.



“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang
 mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”



CARA RASULULLAH S.A.W MENDIDIK ANAK
  • TAHAP PERTAMA - Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (~6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.

  • TAHAP KEDUA - Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (~14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, displin dan beri tanggungjawab.

  • TAHAP KETIGA - Anak berusia 15 tahun hingga dewasa (~21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat.

  • TAHAP KEEMPAT - Anak berusia lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.

Wednesday 16 April 2014

SEORANG GURU ITU.....



 Minat atau cinta terhadap profesion
    - Satu kemestian.
    - Ikhlas dalam menjalankan tugas.
    - Daya tahan yang tinggi hadapi cabaran
    - Hindar dari kecewa dan putus asa.
    - Proses P & P akan menyeronokkan.
    - Meningkatkan minat murid.





 Mahir dalam bidangnya
    - Mengemaskini pengetahuan
    - Melalui pembacaan, perbincangan
      dengan guru berpengalaman, hadiri kursus, seminar dll.




Bijak mengurus P & P (efisyen)
    - Banyak ruang untuk guru mengajar.
    - Tiada stres.





Mengajar dengan berkesan
    - Libatkan diri dengan aktiviti yang
      berkaitan dengan murid dan rakan setugas.
    - Bukan pemerhati yang pasif atau
      penyibuk yang tidak membantu sebarang tugas.




Menunjukkan sikap yang  baik dan positif
    - Menjadi idola atau model untuk dicontohi.
    - Murid tak mahu guru ada mood yang tidak baik.
    - Ahli Falsafah Perancis “Keputusan yang
      paling baik dibuat oleh seseorang setiap
      hari ialah keputusan untuk memiliki
      mood yang baik pada hari itu”




Wujudkan pengurusan kelas yang berjaya
    - Mulai urus kelas pada hari pertama masuk ke kelas.
    - Adil, tegas serta konsisten dalam usaha  mendidik murid.
    - Elak buat peraturan yang tidak mampu dilakukan.




Merancang waktu mengajar
    - Perkara yang perlu dipelajari murid
    - Pengajaran lebih berkesan melalui
      latihan atau aktiviti yang praktikal (sesuai)
    - Merancang masa mengajar supaya tidak
      kesuntukan masa pada akhir tahun.





Mengekalkan hubungan yang baik
    - Bekerjasama dengan rakan guru dan  murid
    - Kemahiran ini perlu ada dan sangat penting.




Komunikasi yang berkesan
    - Mahir untuk menyampaikan idea atau
      maklumat dengan jelas dan mudah difahami terutama murid.
    - Murid tidak faham isi pengajaran kerana
      guru tidak mahir untuk sampaikan maklumat dengan jelas.
    - Buat rumusan dan garis panduan yang tidak mengelirukan.




Memiliki kemahiran untuk bertanya
      - Kemuka soalan – alat pengajaran yang  sangat penting.
      - Sesi soal jawab lahirkan fikiran yang produktif.
      - Soalan secara umum dan individu.  Kemukakan soalan terlebih dahulu
        sebelum panggil nama – peluang untuk  berfikir.




Memiliki berbagai teknik atau kaedah mengajar
      - Menarik minat murid terhadap P & P
      - Cabaran guru hadapi pelbagai tahap kebolehan dan keupayaan.
      - pelbagai perwatakan dan kerenah.





Membina kejayaan murid
      - Apa sahaja penglibatan murid.
      - Menyediakan tugasan / soalan yang
        membantu murid berjaya.




Memiliki harapan yang tinggi
      - Tidak mudah putus asa.
      - Jika murid negatif- usaha atasi
        masalah, bukan menerima saja keadaan
        itu tanpa usaha untuk membaikinya.





Mewujudkan suasana yang selesa
      - Tidak mewujudkan kelas yang
        “menggerunkan” seperti ketika berada  dalam “rumah hantu”.
      - Kelas ceria membantu pengajaran yang berkesan.
      - Tak perlu hias hingga menjadi hotel
        mewah bertaraf lima bintang, memadai
        kelas yang simple tetapi selesa.





Mengamalkan kelonggaran
     - Peka dan prihatin terhadap kehendak atau perasaan murid.
     - Janganlah kelonggaran sampai  keterlaluan (ambil kesempatan).
     - Pepatah Inggeris “The flexible shall not be bent out of shape”.

Tuesday 15 April 2014

MENGINTEGRASIKAN KEBOLEHAN BERFIKIR









Pengajaran yang dapat melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi di dalam bilik darjah hanya dapat dilakukan setelah guru berjaya mewujudkan pembelajaran tumpuan murid dan dapat merancang kerangka pengajaran dengan mengintegrasikan kemahiran berfikirSeterusnya guru boleh memikirkan tentang strategi dan kaedah yang dapat menggalakkan kebolehan kemahiran berfikir.  




Maksud berfikir aras tinggi termasuk pemikiran kritikal, logikal, metakognisi dan kreatif. Kesemua kemahiran tercetus apabila murid berhadapan dengan masalah yang tidak biasa dihadapi, ketidakpastian, persoalan dan dilema. Kejayaan mengaplikasi kemahiran-kemahiran ini akan membuahkan penjelasan, membuat keputusan, pencapaian serta hasil yang sah dalam konteks pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh, serta dapat menggalakkan peningkatan pemikiran aras tinggi di samping kemahiran intelektual murid.  




Proses dan nilai pemikiran aras tinggi diperjelaskan sebagai pemikiran yang berlaku apabila seseorang menerima maklumat baru dan maklumat tersebut tersimpan dalam memori dan disusun semula serta dikaitkan antara satu dengan lain. Seterusnya maklumat ini diperluaskan untuk mencapai satu tujuan atau mendapatkan kemungkinan jawapan kepada situasi yang mengelirukan. Pelbagai tujuan boleh dicapai melalui pemikiran aras tinggi…. menentukan kepercayaan, menentukan apa yang perlu dilakukan, menghasilkan satu idea baru, satu projek baru atau ekspresi kesenian, membuat jangkaan serta menyelesaikan masalah bukan rutin.




Strategi Pengajaran


  Komunikasi arahan

Kauchak dan Eggen (1998) mendapati strategi berikut dapat menyumbang kepada komunikasi arahan yang diperlukan untuk menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi.
a.       Selaraskan objektif, konten, kemahiran, tugasan, aktiviti dan bahan.
b.      Rancangkan aktiviti dan tugasan kemahiran berfikir aras tinggi yang tersusun dan diatur mengikut peruntukan masa yang ditetapkan. Sediakan masalah serta soalan yang memerlukan murid berfikir menjangkau (beyond) kebiasaan.
c.       Terangkan tugasan sejelas-jelasnya. Tunjukkan carta alir atau jadual pelaksanaan serta kerangka kerja. Berikan contoh produk yang terbaik.
d.      Berikan maklum balas secara berkala yang dapat menjelaskan perkara yang betul atau kurang betul.




       Pengajaran secara langsung.

Arahan langsung biasanya tidak akan dapat menggalakkan pemikiran berfikir pada aras tinggi (Crowl dan rakan-rakan, 1997) tetapi langkah-langkah berikut boleh menjadikan arahan langsung lebih berkesan digunakan.
a.       Bataskan pengunaan kaedah pengajaran secara langsung dengan memperkenalkan strategi dan kemahiran berfikir yang akan digunakan (Patrick, 1986).
b.      Gabungkan pengajaran secara langsung dengan latihan berpandu / terbimbing untuk mengajar tentang isi kandungan dan kemahiran secara berstruktur (Crowl dan rakan-rakan, 1997).
c.       Elakkan sesi kuliah panjang tetapi kuliah pendek dan ringkas sambil diselang-selikan dengan soalan, tunjuk cara, perbincangan, tayangan berkaitan atau kuiz untuk mengelakkan kebosanan. Gunakan pengurusan grafik atau peta minda (Buzan, 2006) dan i-think thinking map (Agensi Inovasi Malaysia, tanpa tarikh)
d.      Buat beberapa rumusan pendek sambil menekankan isi-isi utama pelajaran.





       Penyoalan

Untuk menjana proses berfikir aras tinggi, soalan yang dikemukakan seharusnya dapat menghasilkan jawapan yang menarik dan belum diketahui. Soalan perlu dibina lebih awal dan dirancangkan agar dapat menghasilkan jawapan di luar jangkaan atau menjangkau kebiasaan (beyond).

a.       Galakkan murid mengemukakan soalan dan beri peluang kepada rakan mereka untuk memberikan jawapan (Crowl dan rakan-rakan, 1997)
b.      Mulakan dengan soalan aras rendah dan perlahan-lahan beralih kepada soalan aras tinggi (Kauchak dan Eggen, 1998)
c.       Berikan masa untuk murid menjawab sekiranya guru yang mengemukakan soalan





     Maklum balas

Maklum balas digunakan untuk memaklumkan kepada murid tentang kemajuan mereka. Gunakan strategi berikut untuk maklum balas:
a.       Berikan maklum balas segera, spesifik dan bersifat pembetulan menggunakan intonasi positif (Brophy dan Good dalam Kauchak dan Eggen, 1998)
b.      Elakkan maklum balas yang tidak jujur atau dengan memuji keterlaluan.


    Aktiviti kumpulan

Bentuk kumpulan yang berkesan dapat dapat menjana pemikiran aras tinggi termasuklah pembelajaran koperatif, tutor rakan sebaya, perbincangan kumpulan kecil. Perbincangan kumpulan yang diselia dengan baik akan membolehkan murid terlibat dengan pemikiran aras tinggi. Pembelajaran koperatif akan meningkatkan motivasi dan penyertaan murid dalam proses pembelajaran.  






       Penggunaan komputer

Banyak cara boleh digunakan untuk membolehkan murid meningkatkan kemahiran berfikir mereka dengan menggunakan komputer.