Friday 8 August 2014



Info yang sangat berguna khas untuk semua guru dan ibubapa....


INFO TERKINI DLM SISTEM PENDIDIKAN KITA ; 

⏰ Tahun 2014 ada penambahbaikan dari PBS - Pentaksiran Berasaskan Sekolah - yg akan bertukar kpd KSSR Maklumat yang telah diterima seperti berikut :
⌚DSK ( Dokumen Standard Kurikulum ) disatukan dengan DSP ( Dokumen Standard Prestasi ). Maka terhasillah DSKP (Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran).
⌚Penggunaan BAND ditukarkan kepada TAHAP PENGUASAAN . Lebih detail dan mudah untuk guru merekod pencapaian murid.
⌚Tiada ujian SETARA di peringkat daerah ataupun negeri.
⌚Ujian pertengahan & akhir tahun boleh dilaksanakan di sekolah masing-masing sebagai ujian sumatif utk ukur pncapaian murid.
⌚Ujian-ujian lain di peringkat sekolah seperti ujian bulanan tidak perlu dijalankan. (terpulang pada pihak sekolah ).
6. Guru tidak perlu fikirkan tentang EVIDENS & DESKRIPTOR kerana DSP telah dimansuhkan. Jadi, Menurut pengasas PBS, Dr. Khodori, sepatutnya Deskriptor datang selepas evidens, bukan evidens datang selepas deskriptor.
⌚Paling mengujakan, guru tidak perlu lagi ONLINE untuk rekod PBS murid, hanya guna sistem OFFLINE dalam bentuk excell dan digunakan sbg rujukan guru shj untuk melaporkan perkembangan murid kepada ibu bapa .
⌚Tak perlu lagi fail showcase utk simpan evidens terbaik murid.


⏰ Subjek Baru KSSR akan diperkenalkan iaitu;
⌚Sejarah ganti Kajian Tempatan ⌚Rekabentuk Teknologi
⌚Teknologi Maklumat dan Komunikasi 

⏰ 2 Bab Tambahan bagi Subjek Matematik ;⌚ Penambahan Bagi Bab Koordinat (Salah Satu Bab Sekolah Menengah)
⌚Penambahan Bagi Bab Nisbah Dan Kadaran (Salah Satu bab Sekolah Menengah)

⏰ Murid Tahun 4 dan Tingkatan 2 (2014) juga merupakan perintis pertama kpd pengenalan Soalan 'Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)' spt yg telah diwar-warkan sebelum ni. Difahamkan pf tahun 2016, 40% soalan yg akan diuji adalah berkaitan KBAT.
⏰Format Baru Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ;

⌚Info ni sangat PENTING. Ianya akan menjadi tanda aras awal di mana anak kita akan berada 10 tahun akan datang.

⌚Tahukah anda Soalan UPSR dan SPM akan berbentuk Pemikiran Aras Tinggi menjelang tahun 2016?

⌚Ianya lebih dikenali sebagai 'Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)' atau 'Higher Order Thinking Skill (HOTs)'. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) harus diterapkan bermula sekarang. 👪 Bersediahkah anda?
Sahabat2ku, luangkan MASA 5 MINIT untuk anda memahami perubahan yg berlaku dlm dunia pendidikan kita sekarang.
⏰JENIS SOALAN DALAM MATEMATIK terbahagi kepada 2- Rutin & Bukan Rutin ; ⌚RUTIN

Aras Rendah
Tidak memerlukan murid menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi. 

CONTOH 1:

Maria membeli sekotak susu dengan harga RM1.55 dan sebungkus biskut dengan harga

RM1.70. Berapakah jumlah wang yang dibayar oleh Maria? ⌚BUKAN RUTIN

Aras Tinggi

Memerlukan tahap pemikiran pada aras tinggi.

Penyelesaian mungkin memerlukan lebih daripada 1 cara bagi membuat keputusan dan memilih operasi matematik.

CONTOH 2:

Maria membeli sekotak susu dengan harga RM1.55 dan sebungkus biskut dengan harga RM1.70. Dia memberikan RM4.00 kepada jurujual. Berapakah bilangan syiling yang diterima oleh Maria sekiranya jurujual itu memberikannya beberapa syiling 5 sen, 10 sen dan 20 sen? Terangkan jawapan anda.

⏰ Zaman akan datang sangat-sangat mencabar.
Jumlah "A" bukan lagi perkara yang penting dlm pencapaian akademik. Yang penting bagaimana anak anda mempunyai kemampuan menyelesaikan masalah.

⏰ GAYA soalan ditanya untuk pelajar Tahun 1,2,3,4,5,dan 6 akan berubah sama sekali.

⌚ Soalan LOTs (Lower Order Thinking Skills)

Zaman dulu soalannya mungkin seperti dibawah :

⌚Bundarkan 726 kepada ratus yang terdekat?

Anak anda mungkin boleh faham dgn pantas.
Bagaimana pula dengan soalan seperti dibawah ini?

⌚Soalan HOTs (Higher Order Thinking Skills) 

Apakah nombor yang boleh dibundarkan kepada 700?

Cuba anda fikir dan berikan jawapan dengan pantas. Banyak jawapan bukan? Timbul rasa ragu? Dan perlu berhenti untuk berfikir sekejap, bukan? Ini masih lagi dikira soalan tahap rendah.

👪 Sbg ibubapa,apa tindakan kita untuk membantu anak2?
5 Ciri "Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi" (KBAT) (Higher Order Thinking Skill-HOTs) :
⌚Yang mempunyai anak pada tahun 2014 WAJIB tahu bhw :
Darjah 4 pada Tahun 2014 ?
Darjah 5 pada Tahun 2014 ?
Darjah 6 pada Tahun 2014 ?
Tingkatan 1 pada Tahun 2014 ?
Tingkatan 2 pada Tahun 2014 ?
Tingkatan 3 pada Tahun 2014 ?
Tingkatan 4 pada Tahun 2014 ?
Tingkatan 5 pada Tahun 2014 ?

⏰ Spt mana yg diwar-warkan tempoh hari soalan berbentuk KBAT akan mula diajar pada sesi TAHUN 2014 ini.

⌚PERSOALANNYA SEJAUH MANAKAH semua ibu bapa dudah TAHU tentang PENAMBAHAN ini?
⌚Berikut disenaraikan 5 CIRI 'KBAT' @' HOTs'

📕SKOP YANG LUAS :
❒ Pengetahuan Asas sebagai keperluan
📗 FAKTA : 
❒Tidak Spesifik & merentasi matapelajaran

📘BERMAKNA :
❒Boleh ditafsir dan Mencabar

📙STIMULUS :
❒ Situasi baru
❒ Bukan lazim bagi murid
❒ Memberi maklumat secukupnya kepada pelajar

📔RESPON MURID
❒ Kepelbagaian
❒ Boleh melibatkan lebih daripada 1 jawapan. 
⏰MASIH TAK BEBERAPA FAHAM?
Lihat contoh-contoh yg disediakan 
⌚CONTOH 1 : (Soalan Biasa ~ LOTs)
Berapakan nilai bagi 695 jika dibundarkan kepada ratus yang terhampir? 
Komen ;
📈 Jawapan Bagi soalan ini adalah 700 
📈Ada 1 jawapan sahaja
📈Soalan juga secara terus tanpa perlu banyak berfikir
⌚CONTOH 2 : (Soalan ARAS TINGGI ~ HOTs)
Apakah nombor yang apabila dibundarkan kepada ratus yang hampir adalah 700 ?
Komen ;
📈Jawapan mungkin adalah : 699,672, 681 , 633 dan banyak lagi
📈Yang penting pelajar tahu konsep asas "ratus terhampir"
📈 Jawapan boleh jadi lebih daripada 1
📈Membantu pelajar lebih berfikir dlm situasi sebenar - setiap masalah dlm kehidupan sebenarnya ada byk cara penyelesaian.
Moga anak2 generasi pewaris kita kelak menjadi insan di dunia & akhirat.
Diharap info yg disebarkan ini amat berguna kepada ibubapa....supaya memahami arus pembelajaran anak-anak generasi kita akan datang.
PELANCARAN BULAN IHYA' RAMADHAN SK MERLIMAU 1