Thursday 12 July 2012

travelog........terkesan di hati....


              Perkara pertama yang membuatkan aku tertarik untuk membeli buku ini adalah kerana covernya yang amat cantik. Bunga Ros ni benar-benar nampak hidup. Alasan kedua adalah kerana aku sukakan novel travelog dan harganya pun amat berpatutan dengan bilangan muka suratnya sebanyak 271 ms.


                     Buku ini berkaitan dengan kisah perjalanan hidup penulis yang dilahirkan sekitar tahun 70an. Samalah dengan aku, ini menjadikan ianya  sesuatu yang sangat menarik. 

                     Membacanya membuatkan aku tersenyum dan adakalanya bergenang air mata apabila merasai apa yg dirasai oleh penulis .

                   Antaranya penulis menceritakan bahawa dia berasa amat marah apabila mengetahui kutu mula mendiami kepalanya. Gatal yang mengganggu, namun disebalik kisah kutu tersebut, Allah menganugerahkan sesuatu yang lain buatnya. 

                        Sentuhan seorang ibu yg telah sekian lama dirindui, membelai kepalanya dengan alasan untuk mencari kutu. Nikmatnya tidak dapat dilafazkan. 

                        Sesungguhnya kesibukan ibunya membesarkan adik-adik yg ramai membuatkannya kurang menyentuh si anak yg semakin membesar.Apabila kutu telah habis dikepalanya..sehinggakan penulis membayangkan utk mencari benih kutu baru dan biarkan ianya terus hidup membiak dikepalanya....eeeeeeeeeee..

                                Tujuannya hanya satu..agar ibunya dapat membelai kepalanya selalu.... hatiku tersentuh bila sampai bab ini.

Aku suka buku ni. 




Ni sambungan dari novel yg di atas td...


"Esok, saya tidak pasti apa yang bakal saya lalui. Esok terlampau panjang. Sejam daripada saat ini tidak jelas dan nyata, apatah lagi bagi memikirkan hari esok". 
"Jika sampai masanya dipanggil pulang, entah sempatkah saya berlari pulang ke pangkuan mereka yang tersayang. Mampukah saya memohon keampunan dan mengucapkan selamat tinggal..."

Aku hanya mengambil masa 1 hari sahaja utk menghabiskannya
tak bosan membacanya...
hingga tak sabar utk ke bab seterusnya
sedar2 dah tamat..

kenapa aku menyukainya...?
penceritaan Puan Roza,
pengalaman hidupnya hampir menyamai liku2 hidup aku
hidup sbg gadis pinggitan
cuma aku tak senakal beliau
-bermalam di pondok durian bersama kawan2
di kebun durian tepi kubur...!!!

apa yg sama aku dan beliau..

-cinta pertama membawa kepada perkahwinan
-berkahwin diketika usia muda
-Aku berkahwin diusia 22 tahun,beliau pun 22 tahun...(sama kan?)
-pertama kali naik flight lepas kahwin
-anak kedua dan ketiga sgt dekat jaraknya...he he

aku merasakan seolah2 berada dalam cerita tersebut...






Secubit halwa penawar jiwa.......



Ni satu lagi buku yang aku dah abis baca...actually dah 3 round aku baca...bak kata penulis buku ni...ia benar-benar menyentuh, membelai dan menjernihkan jiwa...





                   Membaca buku ini seolah membaca buku cerita juga. Cerita-cerita pendeknya   membuatkan seolah-olah aku sendiri berada di dalam cerita tersebut.

aku paling tertarik sebuah kisah yang ada di dalam buku ini. Perihal seorang hamba Allah yang memiliki segala. Seorang yang kaya, genius, digilai ramai, pakar dalam ilmu sains dan agama. Malah dikurniakan isteri yang turut memiliki segala seperti beliau. Namun Allah telah menganugerahakn anak-anak yang cacat.

Response beliau apabila ditanya oleh orang lain ialah beliau sangat bersyukur. 

‘Tetapi Allah mengurniakan aku anak yang sedemikian, membuatkan aku beringat betapa Allah SWT itu lebih tinggi dan lebih berkuasa atas sesiapa sahaja. Setiap kali aku melihat anak-anakku, aku menyedari betapa aku hanya manusia, hamba kepada Allah SWT yang perkasa. Anak-anakku adalah peringatan kasih sayang Allah kepadaku. Aku rasa, Allah menghadirkan mereka dalam kehidupanku untuk menyelamatkan aku daripada takabbur dan memasukkan aku dalam syurga-Nya. Masakan aku tidak bersyukur?’

Jika hari ini kita rasa sombong dengan kurniaan, beringatlah. Sesungguhnya semuanya milik Allah. Kenapa pula kita menjadi orang yang sombong serta membangga-banggakan diri?

Jika hari ini kita diuji dengan kekurangan, bersyukurlah. Hakikatnya, orang yang sabar itu, dibalas oleh Allah dengan sesuatu yang tak mampu kita hitung. Dengan rahmat dan kasih-sayangnya, mudah-mudahan kita kembali kepada-Nya kelak dan dimasukkan kita ke dalam syurga yang kekal abadi.

           
      Tak rugi kita membacanya...bila dah abis baca rasa macam tak puas....sedar2 dah habis...itu yang membuatkan aku dah 3 round membacanya...