Thursday 12 July 2012

travelog........terkesan di hati....


              Perkara pertama yang membuatkan aku tertarik untuk membeli buku ini adalah kerana covernya yang amat cantik. Bunga Ros ni benar-benar nampak hidup. Alasan kedua adalah kerana aku sukakan novel travelog dan harganya pun amat berpatutan dengan bilangan muka suratnya sebanyak 271 ms.


                     Buku ini berkaitan dengan kisah perjalanan hidup penulis yang dilahirkan sekitar tahun 70an. Samalah dengan aku, ini menjadikan ianya  sesuatu yang sangat menarik. 

                     Membacanya membuatkan aku tersenyum dan adakalanya bergenang air mata apabila merasai apa yg dirasai oleh penulis .

                   Antaranya penulis menceritakan bahawa dia berasa amat marah apabila mengetahui kutu mula mendiami kepalanya. Gatal yang mengganggu, namun disebalik kisah kutu tersebut, Allah menganugerahkan sesuatu yang lain buatnya. 

                        Sentuhan seorang ibu yg telah sekian lama dirindui, membelai kepalanya dengan alasan untuk mencari kutu. Nikmatnya tidak dapat dilafazkan. 

                        Sesungguhnya kesibukan ibunya membesarkan adik-adik yg ramai membuatkannya kurang menyentuh si anak yg semakin membesar.Apabila kutu telah habis dikepalanya..sehinggakan penulis membayangkan utk mencari benih kutu baru dan biarkan ianya terus hidup membiak dikepalanya....eeeeeeeeeee..

                                Tujuannya hanya satu..agar ibunya dapat membelai kepalanya selalu.... hatiku tersentuh bila sampai bab ini.

Aku suka buku ni. 




Ni sambungan dari novel yg di atas td...


"Esok, saya tidak pasti apa yang bakal saya lalui. Esok terlampau panjang. Sejam daripada saat ini tidak jelas dan nyata, apatah lagi bagi memikirkan hari esok". 
"Jika sampai masanya dipanggil pulang, entah sempatkah saya berlari pulang ke pangkuan mereka yang tersayang. Mampukah saya memohon keampunan dan mengucapkan selamat tinggal..."

Aku hanya mengambil masa 1 hari sahaja utk menghabiskannya
tak bosan membacanya...
hingga tak sabar utk ke bab seterusnya
sedar2 dah tamat..

kenapa aku menyukainya...?
penceritaan Puan Roza,
pengalaman hidupnya hampir menyamai liku2 hidup aku
hidup sbg gadis pinggitan
cuma aku tak senakal beliau
-bermalam di pondok durian bersama kawan2
di kebun durian tepi kubur...!!!

apa yg sama aku dan beliau..

-cinta pertama membawa kepada perkahwinan
-berkahwin diketika usia muda
-Aku berkahwin diusia 22 tahun,beliau pun 22 tahun...(sama kan?)
-pertama kali naik flight lepas kahwin
-anak kedua dan ketiga sgt dekat jaraknya...he he

aku merasakan seolah2 berada dalam cerita tersebut...






5 comments:

  1. Salam Kak, kalau minat Travelog Puan Roza Roslan, try baca Travelog Haji Prof Muhd Kamil (suami Puan Roza)...sangat2 menyentuh hati.. hati meronta nak kerap berada di tanah suci.. or mungkin akak boleh follow blog suami isteri ni...
    http://muhdkamil.org/
    http://www.muhdkamil.org/rozaroslan/

    ReplyDelete
  2. tq dik....u are very supportive....akak akan cari segeraaaa.....

    ReplyDelete
  3. Puan Roza ada launching buku baru sambungan yg ni Travelog Kehidupan Abadi. Prof Kamil pulak Bersyukur Saat di Uji.. sekarang ni diorg ada di Malaysia.. saya dah lama follow blog Prof. Kamil, byk nasihat berguna. Kalau nak tunaikan Haji/Umrah pun sesuai rujuk blog dia...

    ReplyDelete
  4. susah la nk cari buku Travelog Kehidupan abadi tu dik..byk kedai akak dah pegi..suma dah abis...

    ReplyDelete
  5. mcm manapun..akak akan terus cari smpi dapat..he he..

    ReplyDelete