Friday 10 August 2012

Perasmian Program Ihya' Ramadhan SK Merlimau 1













TUGAS KITA......

      Pendidikan tidak boleh berterusan dengan cara yang lama atau membuat lebih banyak perkara yang serupa, kerana kesannya akan membuahkan hasil yang serupa.

     Oleh itu kita perlu mencari yang baru atau ubahsuai yang lama, atau cipta yang baru, supaya kita dapat sesuatu yang baru, yang lama akan nampak yang baru dan lebih banyak benda yang baru.
   
                                            





Monday 6 August 2012

Abahku sayang~~ Tuan Hj Othman b. Abu


Abah….
Air mata ini tak mampu membalas semuanya
semua yang kau lakukan untuk hidup aku
semua yang kau berikan kepada aku

Abah…
Kasih sayang mu takkan mampu tergantikan orang lain
Perhatian yang kau berikan kepada aku takkan pernah aku lupakan
Walaupun kadang aku tidak mengindahkan semua yang kau berikan
Kadang  aku tak pernah menghargai semua yang kau berikan

Abah….
Izinkanlah aku menjadi anak yang berbakti kepadamu
Anak yang tak melupakan kasih sayangmu
Izinkanlah aku untuk membahagiakanmu

Meskipun aku sedar
itu semua tidak dapat membayar semua yang telah kau berikan
dan aku sedar, nyawapun takkan mampu membalas semuanya…

Terima kasih abah…
Kini aku menjadi orang yang mampu berdiri
kini aku mampu menjadi orang yang berdikari
kini aku mampu meneruskan hidup dengan doa dan kasih sayangmu…

I Love You Abah….


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ABAH...
    ANTARA INSAN YANG PALING KU KAGUMI
    ANTARA YANG PALING UNIK PERNAH KU KENALI
    AMANAHNYA DILUNASKAN DENGAN BAIK SEKALI
    HATINYA SEMANGAT WAJA DAN SENTIASA BERKORBAN
    MENJAGA ISTERI TERCINTA......


WALAU SIAPA PUN AKU
WALAU SEHEBAT MANAPUN AKU
WALAU BERJAYA SETINGGI LANGIT PUN...
TANPA DOA DAN RESTU SI AYAH DAN SI IBU
YANG MELAHIRKAN DAN MEMBESARKAN AKU...
MAKA TIADALAH KEBERKATAN HIDUP....



KAU SENTIASA DI SANA..
MENGIRING SETIAP LANGKAH KU..
DENGAN SERIBU DOA....

setiap satu langkah kita berjumpa ibu kita, Allah hapuskan 10 dosa, tambah 10 pahala, 
dan naikkan beberapa darjat, dan

setiap kali kita bersembang dgn ibu kita, Allah kira ia sebagai zikrullah..

masyaAllah! betapa Maha Pemurahnya Allah dan betapa tingginya darjat seorang ibu


****************************

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat


dari kami ...
anak-anakmu...