
"Jika kita tidak dapat menjadi seperti pohon yang berdiri gagah di puncak gunung, cukup sekadar kita menjadi rumput di bumi tetapi jadilah rumput yang tumbuh subur menghijau menyeliputi bumi."
Sunday, 23 March 2014
Perkongsian bermakna bersama adik manis ...
Jujur saya amat terkesan dengan kata-kata Guru Cemerlang Pendidikan Islam SK Merlimau Satu ini. Paling kagum apabila beliau menyatakan beliau sangat sibuk dalam menguruskan hal-hal lain seperti di rumah mahupun di sekolah namun tetap dapat menjaga ibunya yang uzur.
Saya dapat rasakan bahawa ibu ustazah ini sangat kagum mempunyai anak seperti ustazah walaupun sudah menemui Ilahi.
Jazakillahu khairan kathira buat Ustazah Rohaizan Othman atas perkongsian yang sangat bermakna."
LAMA TIDAK BERSUA.....
Maaf ya sahabat-sahabat...rasanya terlalu lama blog ni menyepikan diri...terlalu banyak rasanya yang nak dikongsikan di sini....insyaAllah ...di 2014 ini saya akan cuba untuk terus berteman dengan sahabat-sahabat sekelian di blog ini sekiranya diizinkan...
rasanya belum terlalu lambat untuk saya mengucapkan Ahlan Wasahlan 2014...
semoga di tahun ini kita akan terus bermuhasabah diri untuk terus cemerlang dan cemerlang demi memartabatkan anak bangsa kita dalam menjadi insan yang soleh dan solehah..insyaAllah...
Subscribe to:
Posts (Atom)