Sunday 28 April 2013

Sekitar Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Negeri Melaka
 27 April 2013















Friday 26 April 2013

~ SANTAPAN MINDA ~


Kadangkala hati menyangka, kisah yang terjadi kepada kita 
tidak ada kesenangan padanya. 
Kadangkala hati juga bertanya, 
mengapa Tuhan memberikan kasih yang tidak ada manisnya. 

Mungkin kita lupa, Tuhan Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. 
Lalu pada setiap kisah yang diberikan kepada manusia, dia menyertakan sayangnya dan menyisipkan kasihan-Nya. 
Semua itu disembunyikan pada kata yang bernama hikmah.

Satu buku yang tidak dapat ku gambarkan dengan kata-kata...
penuh dengan inspirasi dan motivasi... sesungguhnya kekuatan isi buku ini membuatkan aku sedar bahawa...
Minda  merupakan akal fikiran yang mengawal tindak tanduk manusia.
 Banyak orang yang menyalahgunakan mindanya dengan berfikir perkara-perkara yang negatif - cuak untuk bertindak dan beralah sebelum berjuang. 

Mengikut kajian, apabila kita berfikir negatif maka, 
kita akan menjadi lemah. 
Sebaliknya fikiran positif menguatkan diri seseorang. 
Apabila kita mengubah persepsi, mengubah keutamaan, mengubah fokus kehidupan, insyaAllah perjalanan hidup kita akan jelas. 

Ambillah iktibar daripada para ulama
 pada zaman Rasulullah SAW seperti Hasan al-Hudaibi, apabila beliau dipenjarakan beliau berkata, "Penjara bukanlah tembok tebal atau jeriji besi.
 Penjara yang sebenarnya adalah belenggu dalam perasaan dan fikiran".

 Biarpun pada fizikalnya beliau diberkas dengan tali yang tidak mampu ditetas tetapi mindanya masih bebas untuk beribadah kepada Allah. 
Maka itu, marilah sama-sama kita set semula (reset) minda, 
ubah cara berfikir, dengan berprasangka baik kepada Allah. 

Hapuskan semua pemikiran negatif yang bersarang dalam minda. 
Berfikir secara positif dan bertindak secara positif. 

InsyaAllah kita akan berjaya. Kerana kejayaan ada di mana-mana selagi kita berusaha, berdoa dan bertawakal kepadaNya. 
Itulah janji Allah kepada hambaNya


~ SESI PERKONGSIAN ILMU ~

Satu sesi perkongsian ilmu bersama dengan orang-orang yang hebat... 
Norhayati , Hannan, Farah, Abu Uwais, Farahdina,.......
bak kata Abu Uwais..
semoga usaha sekelumit kita ini akan diberkati..In sya Allah..