Saturday 30 January 2016

PdP Abad Ke 21 : 

PANDUAN

 PEMBELAJARAN KOPERATIF




1. KAEDAH SHARE N TURN

1. Fikir atau tulis apa yang disoal oleh guru
2. Duduk dengan kawan atau kumpulan
3. Beritahu kawan bergilir-gilir mengikut pusingan jam.
- A ke B
- B ke C
- C ke D.
- D ke A atau
- Masing-masing menulis dalam kertas. Kertas ditukarkan bergilir-gilir antara kawan-kawan sehingga kita mendapat kertas kira semuala yang mengandungi 4 isi atau idea



2. KAEDAH THINK PAIR SHARE

1. Berfikir sendirian
2. Bercakap dengan rakan berdua
3. Membentang atau menerangkan dalam kumpulan apa yang difikirkan olehnya dan juga rakannya.
4. Rakan yang lain boleh menyoal ( soalan diberi oleh guru)



3. KAEDAH GALLERY WALK

1. Bergerak dari meja anda dan pergi ke paparan yang terdapat dalam kelas / lihat hasil kerja kumpulan lain ( guru memberi tugasan apa maklumat yang perlu mereka cari)
2. Tulis komen positif terhadap hasil kerja kumlupan lain atau ambil maklumat atau data yang diminta oleh guru.
3. Perkemaskan tugasan kumpulan anda agar menjadi lebih baik setelah melihat hasil kerja kumpulan lain.



4. KAEDAH RALLY ROBIN

1. Guru menyoal atau bertanya pelajar.
2. Pelajar memberi pendapatnya kepada rakan sebelah kemudian rakan di hadapan seterusnya atau secara bersilang. Boleh juga sehala sahaja.
3. Guru meminta wakil kumpulan memberikan pandangan ahli kumpulan.





5. KAEDAH MENYOAL DAN BIMBING

1. Meminta pelajar menulis soalan dikad
2. Jawapan ditulis dibelakang.
3. Guru mengumpul kad yang ditulis oleh pelajar
4. Menyerahkan kepada pelajar
5. Diberi masa untuk pelajar membaca soalan dan jawapan.
6. Pelajar bangun dan mencari kawan yang berlainan kad untuk disoal.
7. Pemegang kad memberi klu utk menjawab soalan tersebut.
8. Bertukar rakan untuk soal dan jawab.



6. KAEDAH IDEA RUSH

1. Fikir apa yang guru soal
2. Tulis dengan cepat dan menyebut dalam kumpulan dengan kuat
3. Pelajar laian tidak dibenarkan menulis idea yang sudah ditulis oleh rakan
4. Kumpul semua jawapan dan pilih 1 atau 2 yang terbaik



7. KAEDAH FAN N PICK

1. Duduk dalam kumpulan.
2. Setiap pelajar memilih nombor kepada diri sendiri
- Cth 1-2-3-4
3. Tunggu guru memberi kad
4. Secara bergilir-gilir diberi peluang untuk membaca, mencabut dan
menjawab soalan.
No 1: ambil kad paling atas dan baca kepada murid ke 2
No.2: menjawab solan
No.3 : menilai jawapan betul atau salah
No.4. Merumus jawapan tersebut


Semoga bermanfaat dan menjadi jariah utk semua. Aamin


TAHUKAH KITA ????????





1. Apakah yang anda faham tentang pengajaran dan pembelajaran ? Senaraikan beberapa
aspek penting dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran.


1. _______________________________________________________________


2. _______________________________________________________________


3. _______________________________________________________________


4. _______________________________________________________________


5. _______________________________________________________________




2. Sebagai seorang guru, bagaimana anda menunjukkan contoh aktiviti dalam pengajaran
yang melibatkan aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan
penilaian? Jelaskannya dalam bentuk peta konsep / peta minda dan simpan dalam
portfolio anda.



3. Terangkan dengan ringkas dua contoh aktiviti pengalaman langsung dan faedahnya.


a) Aktiviti : _____________________________________________________


Faedah : _____________________________________________________


b) Aktiviti : ______________________________________________________


Faedah : ______________________________________________________


4. Senaraikan 5 contoh aktiviti pembelajaran aktif yang boleh dilaksanakan
dalam pengajaran dan pembelajaran.


a) ___________________________________________________________


b) ___________________________________________________________


c) ___________________________________________________________


d) ___________________________________________________________


e) ___________________________________________________________







KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


KONSEP PENGAJARAN

Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan
yang meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan
penilaian. Secara ringkas, pengajaran merupakan proses untuk menyampai dan
menyumbang idea-idea serta memudahcara pembinaan ilmu, menentukan standard
dan menggalakkan kreativiti, membantu seseorang pelajar untuk belajar dan mencabar
pelajar ke arah pencapaian potensi optimum.

Pengajaran boleh dihuraikan sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar dengan
pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Faktor
terpenting dalam pengajaran ialah guru perlu menilai keperluan–keperluan
pembelajaran yang spesifik dan mengaplikasi strategi-strategi serta aktiviti-aktiviti yang
sesuai untuk pelajar.

Pengajaran sebagai organisasi yang dirancang dan diolah oleh guru untuk
meyampaikan pemahaman tentang maklumat atau pengetahuan tertentu kepada
pelajarnya dalam suasana yang dipanggil bilik darjah (Arbak 1985).
Manakala bagi Ee Ah Meng (1989) menyatakan bahawa pengajaran sebagai satu sains
iaitu sistem aktiviti-aktiviti yang ditujukan kepada murid-murid dengan bertujuan
membawa perubahan tingkah laku dikalangan mereka.

Sharifah Alwiah (1983) menganggap pengajaran sebagai aktiviti atau proses kerana
apabila mengajar, aktiviti seperti menyoal, menerangkan, mendengar, menggalakkan
sesuatu, dan berbagai-bagai aktiviti lain akan berlaku. Sharifah Alwiah juga
menganggap pengajaran sebagai suatu proses komunikasi walaupun tidak semua
aktiviti pengajaran merupakan komunikasi antara guru dengan pelajar.

Yaxley (1991) berpendapat, pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk
membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna. Yaxley juga melihat
pengajaran sebagai aktiviti intelek yang melibatkan pemikiran, perasaan dan penilaian.
Secara ringkasnya pengajaran ialah
(a) menyatakan kesanggupan untuk mencari ilmu sepanjang hayat
(b) menghormati kanak-kanak dan remaja
(c) berkongsi pengetahuan
(d) membimbing, mengarah, membantu, menyubur dan merancang
(e) menetapkan matlamat untuk diri sendiri dan murid
(f) menghadapi cabaran diri dan profesional
(g) menyalurkan budaya dan nilai nasional


KONSEP PEMBELAJARAN

Apa pula yang dimaksudkan dengan konsep pembelajaran? Mari kita lihat definisi
pembelajaran.
Slavin (2005) mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan dalam seseorang
individu akibat daripada pengalaman. Manusia mula belajar sejak ia dilahirkan dan
semua pembelajaran ini berkait rapat dengan pengalaman.

Mengikut Hill (2002) pembelajaran berlaku apabila pengalaman menyebabkan suatu
perubahan yang agak kekal dalam pengetahuan atau tingkah laku seseorang.
Perubahan ini mungkin secara sengaja atau tidak sengaja, untuk lebih baik atau lebih
buruk, betul atau salah dan sedar atau tidak sedar.

Pembelajaran adalah proses atau kegiatan belajar (Teuku Iskandar, 1986) yang berlaku
dalam pelbagai bentuk (Schunk, 1991). Menurut Schunk, pembelajaran melibatkan
pemerolehan dan pengubahsuaian pengetahuan, kemahiran, strategi, kepercayaan dan
tingkah laku.

Pembelajaran juga merupakan perubahan tingkah laku atau kebolehan untuk
menunjukkan perlakuan yang dikehendaki hasil daripada latihan ataupun pelbagai
bentuk pengalaman (Evans & Brueckner, 1990; Gagne, 1985).

Bagi Gagne, pembelajaran merupakan perubahan dari segi kecenderungan atau
kemampuan seseorang yang diperoleh dalam masa yang panjang dan bukannya
dikuasai secara mudah mengikut proses pertumbuhan seseorang.

Ahli psikologi mempunyai pandangan yang berbeza mengenai pembelajaran. Ahli
teoris behaviorisme menegaskan bahawa pembelajaran merujuk perubahan tingkah
laku yang dapat diperhatikan. Pendukung teori kognitif pula menekankan tentang
proses mental yang terlibat semasa pembelajaran berlaku tetapi tidak dapat
diperhatikan.

PRINSIP – PRINSIP PEMBELAJARAN EWELL (1997)
Ewell (1997) telah membentuk satu model yang menggambarkan prinsip-prinsip
pembelajaran dan ini mempengaruhi penguasaan pengetahuan, perkembangan
kemahiran dan kompetensi apabila diaplikasikan di dalam bilik darjah.

1. Penglibatan Aktif
Mengikut Ewell (1997) ’’the learner is not 'receptable’ of knowledge, but rather creates
his or her learning actively and uniquely’’
Dalam hal ini pelajar perlu membina pengetahuan dengan melibatkan diri secara aktif
dalam pengajaran guru kerana pengetahuan tidak disampaikan secara langsung kepada
mereka. Bruner (1961) telah mencadangkan pelajar melibatkan diri secara aktif dengan
bahan pembelajaran supaya dapat kembali mengingat maklumat yang diperlukan.Mayer
(2004) mencadangkan pelajar harus aktif secara kognitif. Pelajar yang terlibat dengan
aktif dalam proses pembelajaran mampu menyelesaikan masalah, mengemukakan
cadangan, memberikan pengertian baru kepada sesuatu topik,dan berkebolehan untuk
menghubung kait apa yang telah dipelajari kepada konteks yang baru ( Ewell 1997)

2. Perkaitan dan Corak
Mengikut Ewell (1997) “involves actively creating linkages among concepts, skill
elements,people and experiances” (p.7) Prinsip ini menerangkan bagaimana pelajar
mempunyai peluang membina, menentu, menguji dan membina corak serta
perkaitannya daripada situasi pembelajaran. Melalui pembelajaran ini, pelajar dapat
mewujudkan suasana yang bermakna terhadap aktiviti pembelajaran yang mempunyai
kaitan dan bentuk yang tertentu. Mengikut Woolfolk (2004), pelajar membuat perkaitan
dengan pengetahuan sedia ada dan pelajar juga membuat perkaitan tentang bagaimana
maklumat boleh digunakan pada masa hadapan.

3. Pembelajaran Informal
Pembelajaran tidak hanya berlaku di dalam bilik darjah sahaja ataupun pada waktu
pengajaran tetapi boleh berlaku di mana–mana sahaja serta pada bila-bila masa.
Pembelajaran informal membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan di luar bilik
darjah melalui interaksi dengan persekitaran. Sebagai contoh program lawatan sambil
belajar dapat memberi peluang kepada pelajar belajar sesuatu yang baru.
Pembelajaran informal merupakan pembelajaran implisit iaitu pengetahuan diperoleh
akibat interaksi secara langsung atau melalui pelbagai cara daripada rakan sebaya,
orang yang lebih dewasa atau persekitaran.

4. Pengalaman Langsung
Melalui pengalaman langsung, pelajar diberikan peluang untuk menguasai pengetahuan
dan kemahiran dengan memerhati secara lansung objek atau fenomena yang ingin
dikaji. Aktiviti seperti ini membantu pelajar membentuk pemahaman terhadap apa-apa
yang dipelajari. Pengalaman langsung dalam konteks yang sebenarnya amat
diperlukan supaya dapat mengubah tanggapan atau andaian yang salah tentang
sesuatu. Pelajar dapat menemukan dan meneroka serta mengalaminya sendiri dan
bukannya melalui pembacaan, pendengaran atau maklumat dari orang lain.

5. Situasi Mendesak.
Prinsip pembelajaran jenis ini mengandaikan bahawa pembelajaran optimum
berkemungkinan boleh berlaku sekiranya seseorang berhadapan dengan masalah yang
memerlukan penyelesaian tertentu. Sekiranya pengajaran adalah dalam situasi yang
mendesak dengan pengalaman secara langsung dengan sesuatu yang benar-benar
berlaku, maka pembelajaran tersebut akan lebih mencabar dan menarik bagi pelajar
tersebut. Hal ini berlaku disebabkan terdapat satu keseimbangan antara cabaran
dengan peluang dalam mana-mana situasi pembelajaran. Jika pelajar menghadapi satu
situasi yang kompleks, ini akan memotivasikannya untuk mencari jalan penyelesaian.

6. Maklum Balas Berterusan
Maklum balas merupakan maklumat yang diberikan kepada individu tentang kesesuaian
tindakan serta respon mereka. Maklum balas yang berkesan harus bersandarkan
kepada analisis yang tepat tentang prestasi pelajar dan perlu dilakukan serta merta
supaya pelajar tidak melakukan kesilapan. Pelajar boleh mendapatkan maklum balas
daripada guru dan rakan-rakannya tentang prestasinya

7. Sesuatu yang menyeronokkan.
Pembelajaran perlu merupakan sesuatu yang menyeronokkan. Menurut Ewell (1997)
maklum balas serta pembelajaran berkesan berlaku jika pelajar berada dalam
persekitaran yang menyeronokkan, iaitu interaksi peribadi dan sokongan padu daripada
guru secara peribadi. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan merangkumi
konteks budaya dan interpersonal menyediakan banyak peluang interaksi sosial dan
pembelajaran.

8. Refleksi
Refleksi ialah proses memikir atau merenung kembali pengalaman dan implikasinya
terhadap diri kita. Ia merupakan satu usaha bermakna untuk menjiwai proses
pengajaran dan pembelajaran,membantu mengimbangkan kepercayaan kita dengan
keperluan pelajar (Noraiti, Boon & Sharifah, 2009) Pelajar dapat mengawal
pembelajaran mereka serta dapat meningkatkan kemahiran penilaian kendiri dan untuk
melihat semula apa yang telah dibuat dan yang perlu dibaiki.

Mari Kita Bertayammum...

5 Bestari.......