Wednesday 16 April 2014

SEORANG GURU ITU.....



 Minat atau cinta terhadap profesion
    - Satu kemestian.
    - Ikhlas dalam menjalankan tugas.
    - Daya tahan yang tinggi hadapi cabaran
    - Hindar dari kecewa dan putus asa.
    - Proses P & P akan menyeronokkan.
    - Meningkatkan minat murid.





 Mahir dalam bidangnya
    - Mengemaskini pengetahuan
    - Melalui pembacaan, perbincangan
      dengan guru berpengalaman, hadiri kursus, seminar dll.




Bijak mengurus P & P (efisyen)
    - Banyak ruang untuk guru mengajar.
    - Tiada stres.





Mengajar dengan berkesan
    - Libatkan diri dengan aktiviti yang
      berkaitan dengan murid dan rakan setugas.
    - Bukan pemerhati yang pasif atau
      penyibuk yang tidak membantu sebarang tugas.




Menunjukkan sikap yang  baik dan positif
    - Menjadi idola atau model untuk dicontohi.
    - Murid tak mahu guru ada mood yang tidak baik.
    - Ahli Falsafah Perancis “Keputusan yang
      paling baik dibuat oleh seseorang setiap
      hari ialah keputusan untuk memiliki
      mood yang baik pada hari itu”




Wujudkan pengurusan kelas yang berjaya
    - Mulai urus kelas pada hari pertama masuk ke kelas.
    - Adil, tegas serta konsisten dalam usaha  mendidik murid.
    - Elak buat peraturan yang tidak mampu dilakukan.




Merancang waktu mengajar
    - Perkara yang perlu dipelajari murid
    - Pengajaran lebih berkesan melalui
      latihan atau aktiviti yang praktikal (sesuai)
    - Merancang masa mengajar supaya tidak
      kesuntukan masa pada akhir tahun.





Mengekalkan hubungan yang baik
    - Bekerjasama dengan rakan guru dan  murid
    - Kemahiran ini perlu ada dan sangat penting.




Komunikasi yang berkesan
    - Mahir untuk menyampaikan idea atau
      maklumat dengan jelas dan mudah difahami terutama murid.
    - Murid tidak faham isi pengajaran kerana
      guru tidak mahir untuk sampaikan maklumat dengan jelas.
    - Buat rumusan dan garis panduan yang tidak mengelirukan.




Memiliki kemahiran untuk bertanya
      - Kemuka soalan – alat pengajaran yang  sangat penting.
      - Sesi soal jawab lahirkan fikiran yang produktif.
      - Soalan secara umum dan individu.  Kemukakan soalan terlebih dahulu
        sebelum panggil nama – peluang untuk  berfikir.




Memiliki berbagai teknik atau kaedah mengajar
      - Menarik minat murid terhadap P & P
      - Cabaran guru hadapi pelbagai tahap kebolehan dan keupayaan.
      - pelbagai perwatakan dan kerenah.





Membina kejayaan murid
      - Apa sahaja penglibatan murid.
      - Menyediakan tugasan / soalan yang
        membantu murid berjaya.




Memiliki harapan yang tinggi
      - Tidak mudah putus asa.
      - Jika murid negatif- usaha atasi
        masalah, bukan menerima saja keadaan
        itu tanpa usaha untuk membaikinya.





Mewujudkan suasana yang selesa
      - Tidak mewujudkan kelas yang
        “menggerunkan” seperti ketika berada  dalam “rumah hantu”.
      - Kelas ceria membantu pengajaran yang berkesan.
      - Tak perlu hias hingga menjadi hotel
        mewah bertaraf lima bintang, memadai
        kelas yang simple tetapi selesa.





Mengamalkan kelonggaran
     - Peka dan prihatin terhadap kehendak atau perasaan murid.
     - Janganlah kelonggaran sampai  keterlaluan (ambil kesempatan).
     - Pepatah Inggeris “The flexible shall not be bent out of shape”.