Saturday 30 January 2016

PdP Abad Ke 21 : 

PANDUAN

 PEMBELAJARAN KOPERATIF




1. KAEDAH SHARE N TURN

1. Fikir atau tulis apa yang disoal oleh guru
2. Duduk dengan kawan atau kumpulan
3. Beritahu kawan bergilir-gilir mengikut pusingan jam.
- A ke B
- B ke C
- C ke D.
- D ke A atau
- Masing-masing menulis dalam kertas. Kertas ditukarkan bergilir-gilir antara kawan-kawan sehingga kita mendapat kertas kira semuala yang mengandungi 4 isi atau idea



2. KAEDAH THINK PAIR SHARE

1. Berfikir sendirian
2. Bercakap dengan rakan berdua
3. Membentang atau menerangkan dalam kumpulan apa yang difikirkan olehnya dan juga rakannya.
4. Rakan yang lain boleh menyoal ( soalan diberi oleh guru)



3. KAEDAH GALLERY WALK

1. Bergerak dari meja anda dan pergi ke paparan yang terdapat dalam kelas / lihat hasil kerja kumpulan lain ( guru memberi tugasan apa maklumat yang perlu mereka cari)
2. Tulis komen positif terhadap hasil kerja kumlupan lain atau ambil maklumat atau data yang diminta oleh guru.
3. Perkemaskan tugasan kumpulan anda agar menjadi lebih baik setelah melihat hasil kerja kumpulan lain.



4. KAEDAH RALLY ROBIN

1. Guru menyoal atau bertanya pelajar.
2. Pelajar memberi pendapatnya kepada rakan sebelah kemudian rakan di hadapan seterusnya atau secara bersilang. Boleh juga sehala sahaja.
3. Guru meminta wakil kumpulan memberikan pandangan ahli kumpulan.





5. KAEDAH MENYOAL DAN BIMBING

1. Meminta pelajar menulis soalan dikad
2. Jawapan ditulis dibelakang.
3. Guru mengumpul kad yang ditulis oleh pelajar
4. Menyerahkan kepada pelajar
5. Diberi masa untuk pelajar membaca soalan dan jawapan.
6. Pelajar bangun dan mencari kawan yang berlainan kad untuk disoal.
7. Pemegang kad memberi klu utk menjawab soalan tersebut.
8. Bertukar rakan untuk soal dan jawab.



6. KAEDAH IDEA RUSH

1. Fikir apa yang guru soal
2. Tulis dengan cepat dan menyebut dalam kumpulan dengan kuat
3. Pelajar laian tidak dibenarkan menulis idea yang sudah ditulis oleh rakan
4. Kumpul semua jawapan dan pilih 1 atau 2 yang terbaik



7. KAEDAH FAN N PICK

1. Duduk dalam kumpulan.
2. Setiap pelajar memilih nombor kepada diri sendiri
- Cth 1-2-3-4
3. Tunggu guru memberi kad
4. Secara bergilir-gilir diberi peluang untuk membaca, mencabut dan
menjawab soalan.
No 1: ambil kad paling atas dan baca kepada murid ke 2
No.2: menjawab solan
No.3 : menilai jawapan betul atau salah
No.4. Merumus jawapan tersebut


Semoga bermanfaat dan menjadi jariah utk semua. Aamin


TAHUKAH KITA ????????





1. Apakah yang anda faham tentang pengajaran dan pembelajaran ? Senaraikan beberapa
aspek penting dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran.


1. _______________________________________________________________


2. _______________________________________________________________


3. _______________________________________________________________


4. _______________________________________________________________


5. _______________________________________________________________




2. Sebagai seorang guru, bagaimana anda menunjukkan contoh aktiviti dalam pengajaran
yang melibatkan aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan
penilaian? Jelaskannya dalam bentuk peta konsep / peta minda dan simpan dalam
portfolio anda.



3. Terangkan dengan ringkas dua contoh aktiviti pengalaman langsung dan faedahnya.


a) Aktiviti : _____________________________________________________


Faedah : _____________________________________________________


b) Aktiviti : ______________________________________________________


Faedah : ______________________________________________________


4. Senaraikan 5 contoh aktiviti pembelajaran aktif yang boleh dilaksanakan
dalam pengajaran dan pembelajaran.


a) ___________________________________________________________


b) ___________________________________________________________


c) ___________________________________________________________


d) ___________________________________________________________


e) ___________________________________________________________







KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


KONSEP PENGAJARAN

Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan
yang meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan
penilaian. Secara ringkas, pengajaran merupakan proses untuk menyampai dan
menyumbang idea-idea serta memudahcara pembinaan ilmu, menentukan standard
dan menggalakkan kreativiti, membantu seseorang pelajar untuk belajar dan mencabar
pelajar ke arah pencapaian potensi optimum.

Pengajaran boleh dihuraikan sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar dengan
pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Faktor
terpenting dalam pengajaran ialah guru perlu menilai keperluan–keperluan
pembelajaran yang spesifik dan mengaplikasi strategi-strategi serta aktiviti-aktiviti yang
sesuai untuk pelajar.

Pengajaran sebagai organisasi yang dirancang dan diolah oleh guru untuk
meyampaikan pemahaman tentang maklumat atau pengetahuan tertentu kepada
pelajarnya dalam suasana yang dipanggil bilik darjah (Arbak 1985).
Manakala bagi Ee Ah Meng (1989) menyatakan bahawa pengajaran sebagai satu sains
iaitu sistem aktiviti-aktiviti yang ditujukan kepada murid-murid dengan bertujuan
membawa perubahan tingkah laku dikalangan mereka.

Sharifah Alwiah (1983) menganggap pengajaran sebagai aktiviti atau proses kerana
apabila mengajar, aktiviti seperti menyoal, menerangkan, mendengar, menggalakkan
sesuatu, dan berbagai-bagai aktiviti lain akan berlaku. Sharifah Alwiah juga
menganggap pengajaran sebagai suatu proses komunikasi walaupun tidak semua
aktiviti pengajaran merupakan komunikasi antara guru dengan pelajar.

Yaxley (1991) berpendapat, pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk
membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna. Yaxley juga melihat
pengajaran sebagai aktiviti intelek yang melibatkan pemikiran, perasaan dan penilaian.
Secara ringkasnya pengajaran ialah
(a) menyatakan kesanggupan untuk mencari ilmu sepanjang hayat
(b) menghormati kanak-kanak dan remaja
(c) berkongsi pengetahuan
(d) membimbing, mengarah, membantu, menyubur dan merancang
(e) menetapkan matlamat untuk diri sendiri dan murid
(f) menghadapi cabaran diri dan profesional
(g) menyalurkan budaya dan nilai nasional


KONSEP PEMBELAJARAN

Apa pula yang dimaksudkan dengan konsep pembelajaran? Mari kita lihat definisi
pembelajaran.
Slavin (2005) mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan dalam seseorang
individu akibat daripada pengalaman. Manusia mula belajar sejak ia dilahirkan dan
semua pembelajaran ini berkait rapat dengan pengalaman.

Mengikut Hill (2002) pembelajaran berlaku apabila pengalaman menyebabkan suatu
perubahan yang agak kekal dalam pengetahuan atau tingkah laku seseorang.
Perubahan ini mungkin secara sengaja atau tidak sengaja, untuk lebih baik atau lebih
buruk, betul atau salah dan sedar atau tidak sedar.

Pembelajaran adalah proses atau kegiatan belajar (Teuku Iskandar, 1986) yang berlaku
dalam pelbagai bentuk (Schunk, 1991). Menurut Schunk, pembelajaran melibatkan
pemerolehan dan pengubahsuaian pengetahuan, kemahiran, strategi, kepercayaan dan
tingkah laku.

Pembelajaran juga merupakan perubahan tingkah laku atau kebolehan untuk
menunjukkan perlakuan yang dikehendaki hasil daripada latihan ataupun pelbagai
bentuk pengalaman (Evans & Brueckner, 1990; Gagne, 1985).

Bagi Gagne, pembelajaran merupakan perubahan dari segi kecenderungan atau
kemampuan seseorang yang diperoleh dalam masa yang panjang dan bukannya
dikuasai secara mudah mengikut proses pertumbuhan seseorang.

Ahli psikologi mempunyai pandangan yang berbeza mengenai pembelajaran. Ahli
teoris behaviorisme menegaskan bahawa pembelajaran merujuk perubahan tingkah
laku yang dapat diperhatikan. Pendukung teori kognitif pula menekankan tentang
proses mental yang terlibat semasa pembelajaran berlaku tetapi tidak dapat
diperhatikan.

PRINSIP – PRINSIP PEMBELAJARAN EWELL (1997)
Ewell (1997) telah membentuk satu model yang menggambarkan prinsip-prinsip
pembelajaran dan ini mempengaruhi penguasaan pengetahuan, perkembangan
kemahiran dan kompetensi apabila diaplikasikan di dalam bilik darjah.

1. Penglibatan Aktif
Mengikut Ewell (1997) ’’the learner is not 'receptable’ of knowledge, but rather creates
his or her learning actively and uniquely’’
Dalam hal ini pelajar perlu membina pengetahuan dengan melibatkan diri secara aktif
dalam pengajaran guru kerana pengetahuan tidak disampaikan secara langsung kepada
mereka. Bruner (1961) telah mencadangkan pelajar melibatkan diri secara aktif dengan
bahan pembelajaran supaya dapat kembali mengingat maklumat yang diperlukan.Mayer
(2004) mencadangkan pelajar harus aktif secara kognitif. Pelajar yang terlibat dengan
aktif dalam proses pembelajaran mampu menyelesaikan masalah, mengemukakan
cadangan, memberikan pengertian baru kepada sesuatu topik,dan berkebolehan untuk
menghubung kait apa yang telah dipelajari kepada konteks yang baru ( Ewell 1997)

2. Perkaitan dan Corak
Mengikut Ewell (1997) “involves actively creating linkages among concepts, skill
elements,people and experiances” (p.7) Prinsip ini menerangkan bagaimana pelajar
mempunyai peluang membina, menentu, menguji dan membina corak serta
perkaitannya daripada situasi pembelajaran. Melalui pembelajaran ini, pelajar dapat
mewujudkan suasana yang bermakna terhadap aktiviti pembelajaran yang mempunyai
kaitan dan bentuk yang tertentu. Mengikut Woolfolk (2004), pelajar membuat perkaitan
dengan pengetahuan sedia ada dan pelajar juga membuat perkaitan tentang bagaimana
maklumat boleh digunakan pada masa hadapan.

3. Pembelajaran Informal
Pembelajaran tidak hanya berlaku di dalam bilik darjah sahaja ataupun pada waktu
pengajaran tetapi boleh berlaku di mana–mana sahaja serta pada bila-bila masa.
Pembelajaran informal membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan di luar bilik
darjah melalui interaksi dengan persekitaran. Sebagai contoh program lawatan sambil
belajar dapat memberi peluang kepada pelajar belajar sesuatu yang baru.
Pembelajaran informal merupakan pembelajaran implisit iaitu pengetahuan diperoleh
akibat interaksi secara langsung atau melalui pelbagai cara daripada rakan sebaya,
orang yang lebih dewasa atau persekitaran.

4. Pengalaman Langsung
Melalui pengalaman langsung, pelajar diberikan peluang untuk menguasai pengetahuan
dan kemahiran dengan memerhati secara lansung objek atau fenomena yang ingin
dikaji. Aktiviti seperti ini membantu pelajar membentuk pemahaman terhadap apa-apa
yang dipelajari. Pengalaman langsung dalam konteks yang sebenarnya amat
diperlukan supaya dapat mengubah tanggapan atau andaian yang salah tentang
sesuatu. Pelajar dapat menemukan dan meneroka serta mengalaminya sendiri dan
bukannya melalui pembacaan, pendengaran atau maklumat dari orang lain.

5. Situasi Mendesak.
Prinsip pembelajaran jenis ini mengandaikan bahawa pembelajaran optimum
berkemungkinan boleh berlaku sekiranya seseorang berhadapan dengan masalah yang
memerlukan penyelesaian tertentu. Sekiranya pengajaran adalah dalam situasi yang
mendesak dengan pengalaman secara langsung dengan sesuatu yang benar-benar
berlaku, maka pembelajaran tersebut akan lebih mencabar dan menarik bagi pelajar
tersebut. Hal ini berlaku disebabkan terdapat satu keseimbangan antara cabaran
dengan peluang dalam mana-mana situasi pembelajaran. Jika pelajar menghadapi satu
situasi yang kompleks, ini akan memotivasikannya untuk mencari jalan penyelesaian.

6. Maklum Balas Berterusan
Maklum balas merupakan maklumat yang diberikan kepada individu tentang kesesuaian
tindakan serta respon mereka. Maklum balas yang berkesan harus bersandarkan
kepada analisis yang tepat tentang prestasi pelajar dan perlu dilakukan serta merta
supaya pelajar tidak melakukan kesilapan. Pelajar boleh mendapatkan maklum balas
daripada guru dan rakan-rakannya tentang prestasinya

7. Sesuatu yang menyeronokkan.
Pembelajaran perlu merupakan sesuatu yang menyeronokkan. Menurut Ewell (1997)
maklum balas serta pembelajaran berkesan berlaku jika pelajar berada dalam
persekitaran yang menyeronokkan, iaitu interaksi peribadi dan sokongan padu daripada
guru secara peribadi. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan merangkumi
konteks budaya dan interpersonal menyediakan banyak peluang interaksi sosial dan
pembelajaran.

8. Refleksi
Refleksi ialah proses memikir atau merenung kembali pengalaman dan implikasinya
terhadap diri kita. Ia merupakan satu usaha bermakna untuk menjiwai proses
pengajaran dan pembelajaran,membantu mengimbangkan kepercayaan kita dengan
keperluan pelajar (Noraiti, Boon & Sharifah, 2009) Pelajar dapat mengawal
pembelajaran mereka serta dapat meningkatkan kemahiran penilaian kendiri dan untuk
melihat semula apa yang telah dibuat dan yang perlu dibaiki.

Mari Kita Bertayammum...

5 Bestari.......







Friday 22 January 2016

Cadangan bahan bantu mengajar untuk 
BIDANG AQIDAH



        SANGAT SESUAI UNTUK TAJUK  : 
         1. SIFAT QUDRAT ALLAH 
      2. SIFAT IRADAT ALLAH



( YOUTUBE :Maher Zain - Open Your Eyes )





Sila klik link di bawah untuk download ........

Wednesday 20 January 2016



Contoh Rancangan Pengajaran Harian Tasmik




Ada 8 item yang perlu di catat :

1. Tajuk
2. Tarikh
3. Masa
4. Kelas
5. Bilangan Murid
6. Objektif
7. Aktiviti
8. Refleksi


sila klik link di bawah untuk download.......



INDIKATOR PENERAPAN ELEMEN KEUSAHAWANAN DALAM DIRI MURID MELALUI AKTIVITI P&P


Nota Elemen Keusahawanan ini sangat membantu para

 guru dalam membina Rancangan Pengajaran Harian (RPH).



sila klik link di bawah untuk download....sharing is caring...

Tuesday 19 January 2016

BAHAN KEM CEMERLANG JAWI (KCJ)



             Mata pelajaran jawi diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam semenjak Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) sehingga Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Semenjak tempoh itu, tahap penguasaan murid dalam pelajaran jawi belum mencapai tahap yang membanggakan. Langkah Program j-QAF mengadakan Kem Cemerlang Jawi (KCJ) bermula tahun 2015 akan mampu memperkasakan Pendidikan Islam di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.


Kem Cemerlang Jawi merupakan aktiviti pembelajaran yang mesti dilalui oleh murid-murid yang lemah. Ia perlu diajar dengan menggunakan metodologi dan teknik yang berkesan supaya mereka dapat menguasai kemahiran mengenal, membaca dan menulis dengan sempurna.


Matlamat
Mencapai sasaran penguasaan 100% dalam pelajaran jawi seterusnya memperkasakan Pendidikan Islam sekolah rendah dan sekolah menengah.


Objektif
  • Mengenal, membaca dan menulis huruf jawi tunggal dan bersambung.
  • Membaca dan menulis suku kata terbuka dan suku kata tertutup.
  • Membaca dan menulis ayat pendek.


Sasaran

  • Semua murid tahun dua hingga tahun enam yang tidak melepasi ujian diagnostik. (Murid Tahun Satu tidak terlibat dengan Kem Cemerlang Jawi kerana masih dalam proses mengenal asas jawi. )
  • Murid yang mendapat markah 0 -59 di dalam ujian diagnostik.


Strategi Pelaksanaan
  • Membentuk Jawatankuasa Pelaksana di peringkat sekolah.
  • Mengenalpasti murid yang belum melepasi tahap melalui ujian diagnostik.
  • Menyediakan kertas cadangan pelaksanaan kem.
  • Menetapkan tempat dan masa.
  • Menyelaras jadual aktiviti.          
  • Menentukan guru pembimbing/fasilitator.
  • Merekodkan pencapaian murid setiap kali aktiviti dilaksanakan
  • dengan mengambil kira kekuatan dan kelemahan murid berdasarkan penilaian kem yang dilaksanakan pada akhir sesi pelaksanaan kem.
  • Kem susulan perlu diadakan kepada murid yang masih belum menguasai kemahiran-kemahiran  tertentu.


Alhamdulillah...berikut adalah bahan KCJ untuk semua.....
sahabat semua boleh download bahan yang saya link kan di sini...semoga ianya dapat memudahkan urusan dalam melaksanakan KCJ...untuk kad prestasi individu boleh edit mengikut kesesuaian masing-masing....





KLIK PADA LINK DI BAWAH UNTUK 

DOWNLOAD : 







Monday 18 January 2016




TIPS UNTUK GURU YANG MENGAJAR

 KELAS HUJUNG....


(TEKNIK UNTUK PELAJAR RAJIN ANGKAT TANGAN) 

Ada 2 jenis soalan: 
(1) Soalan bagi menaikkan self-esteem pelajar. Di sini tanya soalan yang semua pelajar dapat jawab, macam, "Siapa mandi pagi tadi?"
(2) Soalan bagi menguji kefahaman pelajar tentang mata pelajaran. 
Gunakan soalan (jenis1) bagi memulakan kelas, supaya pelajar2 excited mahu angkat tangan.
Gunakan soalan (jenis 2) bagi menutup kelas...


(TEKNIK JANGAN KRITIK PELAJAR)

Kritikan adalah sama dengan teguran. Apabila guru menegur kelemahan pelajar, itu bermakna guru mengkritik pelajar itu. Kritikan guru menghasilkan kesan-kesan negatif ke atas emosi dan psikologi pelajar yang ditegur:
1. Kritikan menjatuhkan maruah pelajar, walaupun kritikan itu diucapkan secara empat mata.
2. Kritikan menyebabkan berlakunya kecederaan psikologi ke atas pelajar yang diktitik.
3. Pelajar yang dikritik di hadapan pelajar-pelajar lain berasa dirinya dimalukan.
4. Kritikan guru menyebabkan pelajar yang dikritik hilang rasa percaya-diri.
5. Kritikan guru menyebabkan timbulnya perasaan ragu-diri pada pelajar.
6. Pelajar yang dikritik akan membenci guru yang mengkritik.
Enam kesan negatif itu menyebabkan pelajar yang dikiritik mengalami apa yang disebut sebagai 'kecederaan psikologi'. Kesan kecederaan jenis ini boleh berkekalan selama hidup pelajar itu.


(TEKNIK MEMUJI CARA RASULULLAH S.A.W)

(a) Berikan pujian ke atas hasil kerja pelajar itu. Contoh: "Tulisan kamu sungguh kemas." 
(b) Ucapkan pujian serta-merta, tidak ditangguh-tangguhkan. 
(c) Ucapkan dengan kuat, supaya pelajar-pelajar lain yang berdekatan dapat mendengar kata-kata pujian itu....



(TEKNIK MEMUJI CARA RASULULLAH S.A.W)

Apabila memuji hasil kerja yang bermutu tinggi,
mulakan ayat pujian dengan kata-kata "Saya kagum dengan (sebut hasil kerja itu)...." 
Contoh: "Saya kagum dengan kerajinan kamu menyiapkan kerja sekolah walaupun kamu baru sahaja masuk kelas ini."