Monday, 6 August 2012

Abahku sayang~~ Tuan Hj Othman b. Abu


Abah….
Air mata ini tak mampu membalas semuanya
semua yang kau lakukan untuk hidup aku
semua yang kau berikan kepada aku

Abah…
Kasih sayang mu takkan mampu tergantikan orang lain
Perhatian yang kau berikan kepada aku takkan pernah aku lupakan
Walaupun kadang aku tidak mengindahkan semua yang kau berikan
Kadang  aku tak pernah menghargai semua yang kau berikan

Abah….
Izinkanlah aku menjadi anak yang berbakti kepadamu
Anak yang tak melupakan kasih sayangmu
Izinkanlah aku untuk membahagiakanmu

Meskipun aku sedar
itu semua tidak dapat membayar semua yang telah kau berikan
dan aku sedar, nyawapun takkan mampu membalas semuanya…

Terima kasih abah…
Kini aku menjadi orang yang mampu berdiri
kini aku mampu menjadi orang yang berdikari
kini aku mampu meneruskan hidup dengan doa dan kasih sayangmu…

I Love You Abah….


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ABAH...
    ANTARA INSAN YANG PALING KU KAGUMI
    ANTARA YANG PALING UNIK PERNAH KU KENALI
    AMANAHNYA DILUNASKAN DENGAN BAIK SEKALI
    HATINYA SEMANGAT WAJA DAN SENTIASA BERKORBAN
    MENJAGA ISTERI TERCINTA......


WALAU SIAPA PUN AKU
WALAU SEHEBAT MANAPUN AKU
WALAU BERJAYA SETINGGI LANGIT PUN...
TANPA DOA DAN RESTU SI AYAH DAN SI IBU
YANG MELAHIRKAN DAN MEMBESARKAN AKU...
MAKA TIADALAH KEBERKATAN HIDUP....



KAU SENTIASA DI SANA..
MENGIRING SETIAP LANGKAH KU..
DENGAN SERIBU DOA....

setiap satu langkah kita berjumpa ibu kita, Allah hapuskan 10 dosa, tambah 10 pahala, 
dan naikkan beberapa darjat, dan

setiap kali kita bersembang dgn ibu kita, Allah kira ia sebagai zikrullah..

masyaAllah! betapa Maha Pemurahnya Allah dan betapa tingginya darjat seorang ibu


****************************

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat


dari kami ...
anak-anakmu...





Sunday, 22 July 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan ~



                   Sesungguhnya Islam itu agama yang cukup sempurna. Tiada kurangnya walau sedikitpun. Segala persoalan tentang ibadah, muamalat, kehidupan semuanya terjawab di dalam buku panduan pertama, kitab Al-quran yang mulia.



                  Jelaslah menunjukkan bahawa Allah mewajibkan umat islam berpuasa dengan menujukan ayat tersebut khusus kepada orang-orang yang beriman. Maka, siapa lagi kalau bukan kita sebagai umat islam, yang menyakini Allah sebagai Ilah dan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul-Nya. Dengan berpuasa, bererti kita telah menunaikan kewajipan kita sebagai umat Islam, yang mana salah satu dari rukun Islam itu sendiri adalah dengan menunaikan puasa di bulan Ramadan.

  

                    Kenapa umat Islam perlu berpuasa setiap kali tibanya Ramadan? Persoalan ini selalunya bermain di minda kita. Lebih-lebih lagi ketika umur masih di peringkat kanak-kanak. Banyak persoalan tentang puasa terkumpul di minda. Jika dilihat puasa bagi agama yang lain hanya dilakukan pada waktu malam, tetapi mengapa islam dilakukan pada waktu siang? Jika agama lain berpuasa hanya tidak boleh makan benda yang berdarah dan hanya memakan sayur sahaja, tetapi mengapa  islam tidak pula boleh makan kesemuanya? Hattakan minum air pun tidak boleh. Jikalau begitu di mana pula dikatakan islam itu agama yang mudah?.


                        Bulan Ramadan diibaratkan sebuah madrasah. Didalamnya penuh dengan tarbiyah dan ibadah. Saat itulah seluruh umat Islam berlumba-lumba mendapatkan kelebihan yang ada padanya. Bahkan ada juga yang mengibaratkan bulan Ramadan umpama sebuah karnival. Karnival ibadah!
                      Di antara keistimewaan dan kelebihan yang terdapat di dalam bulan Ramadan antaranya Allah SWT meningkatkan ganjaran pahala bagi mereka yang melakukan amal ibadat kepada-NYA. Padanya juga turunnya Al-quran serta terjadinya malam Lailatul Qadar dan dicatatkan sebagai malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu 10 terakhir di bulan Ramadan.


                     Bersederhana dalam semua perkara. Kesederhanaan menghadapi Ramadan adalah amat dituntut dalam Islam agar terhindar daripada sifat yang berlebih-lebihan dan pembaziran. Sebagai contoh, selalunya kita terlupa apabila tiba waktu berbuka puasa, juadah lauk pauk terlalu banyak jenis aneka yang tersedia, sedangkan tidak semua makanan dapat dihabiskan sehingga menyebabkan berlakunya pembaziran.
                   Perkara ini tidak boleh dinafikan sama sekali, apatah lagi untuk menidakkannya. Kerana secara umumnya jika masyarakat di Malaysia, selalunya apabila pergi ke bazar Ramadan sentiasa akan rambang mata melihat kepelbagaian jenis masakkan juadah berbuka. Sehingga diborongnya terlalu banyak melebihi keperluan. Bahkan paling menyedihkan, ada makanan yang menjadi sisa buangan pada keesokan harinya. Basi tanpa sempat dihabiskan pada malamnya lantaran terlalu banyak juadah yang telah menjadi santapan.

                     Sesungguhnya Allah SWT menyerupakan seseorang yang membazir itu dengan menjadi saudara syaitan. Pepatah melayu juga menyatakan, "melebihi ancak-ancak, mengurangi sia-sia" ertinya dalam melakukan sesuatu perkara hendaklah ia bersederhana supaya selamat. Ancak-ancak pula bererti tidak peduli baik buruknya. Justeru, kesederhanaan (wasatiah) itu penting dalam menghadapi Ramadan kali ini agar dapat mengawal nafsu dalam diri. 


Saturday, 14 July 2012

Love makes a family~

                               
                                 behind every happy wife.....



                                there's a smart husband.....



                               and...... a lovely children..





Thursday, 12 July 2012

travelog........terkesan di hati....


              Perkara pertama yang membuatkan aku tertarik untuk membeli buku ini adalah kerana covernya yang amat cantik. Bunga Ros ni benar-benar nampak hidup. Alasan kedua adalah kerana aku sukakan novel travelog dan harganya pun amat berpatutan dengan bilangan muka suratnya sebanyak 271 ms.


                     Buku ini berkaitan dengan kisah perjalanan hidup penulis yang dilahirkan sekitar tahun 70an. Samalah dengan aku, ini menjadikan ianya  sesuatu yang sangat menarik. 

                     Membacanya membuatkan aku tersenyum dan adakalanya bergenang air mata apabila merasai apa yg dirasai oleh penulis .

                   Antaranya penulis menceritakan bahawa dia berasa amat marah apabila mengetahui kutu mula mendiami kepalanya. Gatal yang mengganggu, namun disebalik kisah kutu tersebut, Allah menganugerahkan sesuatu yang lain buatnya. 

                        Sentuhan seorang ibu yg telah sekian lama dirindui, membelai kepalanya dengan alasan untuk mencari kutu. Nikmatnya tidak dapat dilafazkan. 

                        Sesungguhnya kesibukan ibunya membesarkan adik-adik yg ramai membuatkannya kurang menyentuh si anak yg semakin membesar.Apabila kutu telah habis dikepalanya..sehinggakan penulis membayangkan utk mencari benih kutu baru dan biarkan ianya terus hidup membiak dikepalanya....eeeeeeeeeee..

                                Tujuannya hanya satu..agar ibunya dapat membelai kepalanya selalu.... hatiku tersentuh bila sampai bab ini.

Aku suka buku ni. 




Ni sambungan dari novel yg di atas td...


"Esok, saya tidak pasti apa yang bakal saya lalui. Esok terlampau panjang. Sejam daripada saat ini tidak jelas dan nyata, apatah lagi bagi memikirkan hari esok". 
"Jika sampai masanya dipanggil pulang, entah sempatkah saya berlari pulang ke pangkuan mereka yang tersayang. Mampukah saya memohon keampunan dan mengucapkan selamat tinggal..."

Aku hanya mengambil masa 1 hari sahaja utk menghabiskannya
tak bosan membacanya...
hingga tak sabar utk ke bab seterusnya
sedar2 dah tamat..

kenapa aku menyukainya...?
penceritaan Puan Roza,
pengalaman hidupnya hampir menyamai liku2 hidup aku
hidup sbg gadis pinggitan
cuma aku tak senakal beliau
-bermalam di pondok durian bersama kawan2
di kebun durian tepi kubur...!!!

apa yg sama aku dan beliau..

-cinta pertama membawa kepada perkahwinan
-berkahwin diketika usia muda
-Aku berkahwin diusia 22 tahun,beliau pun 22 tahun...(sama kan?)
-pertama kali naik flight lepas kahwin
-anak kedua dan ketiga sgt dekat jaraknya...he he

aku merasakan seolah2 berada dalam cerita tersebut...